Hamzah dan Sanusi telah memudahkan untuk membuktikan bahawa tidak ada “gelombang hijau” yang amat menarik untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah teokrasi
Ketua Pembangkang Parlimen, Hamzah Zainudin, dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, telah memudahkan untuk kita buktikan yang tidak ada fenomena “gelombang hijau” yang amat menarik untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara teokrasi.
Hamzah, dalam ucapannya di Kelab Concorde, mengatakan yang Perikatan Nasional boleh merampas kerajaan negeri Selangor dan mempunyai peluang 50-50 untuk merampas Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang perlu diadakan dalam separuh pertama tahun ini.
Sanusi mengatakan yang PN boleh mendapatkan 33 dari 36 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri yang akan datang – selain dari kerusi Kota Darul Aman, Bakar Arang, dan Sidam – walaupun sebulan sebelum ini, Sanusi mengatakan yang PN boleh memenangi semua 36 kerusi dewan undangan negeri di Kedah.
Apa yang perlu untuk dibuktikan untuk mengatakan tidak adanya “gelombang hijau” untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah teokrasi adalah untuk tiga perkara berikut terjadi:
- PN tidak berjaya merampas kerajaan negeri Selangor;
- PN tidak berjaya merampas kerajaan Negeri Sembilan; dan
- Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan perpaduan Anwar berjaya untuk menang lebih dari tiga kerusi dewan undangan negeri di Kedah.
Tetapi, tiga perkara ini adalah matlamat yang terlalu rendah, sebaliknya, kita perlu menetapkan sasaran yang lebih tinggi.
Enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung ini akan mempunyai kepentingan khas, kerana ia akan dilihat sebagai satu pilihan raya umum mini, yang menjadi pembuka kepada Pilihan Raya Umum ke-16 dan juga menjadi ujian sama ada kerajaan perpaduan Anwar akan mempunyai kestabilan politik untuk bertahan selama lima tahun untuk membolehkan Malaysia mengubah arahnya selepas enam dekad membina negara, melalui penetapan semula dasar-dasar kepada prinsip-prinsip asal yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk yang hebat dan bertaraf dunia.
Enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung ini akan menjadi bukti cita-cita tokoh kemerdekaan negara seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Ismail Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Lim Chong Eu, dan V.T. Sambanthan yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara majmuk yang bersatu padu dari kepelbagaiannya.
Pilihan raya negeri ini juga akan menjadi satu perjuangan untuk masa hadapan Malaysia – sama ada kita menyambut ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057 sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik, atau kita menyambut ulang tahun ke-100 negara sebagai sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia.