Kuasa sebenar di sebalik Ketua Pembangkang sudah bersuara — dengan pengisytiharan perang apabila Muhyiddin mengabaikan hasrat Yang di Pertuan Agong untuk baginda tidak perlu melantik seorang lagi Perdana Menteri sebelum tamat penggal pemerintahan lima tahun baginda pada bulan Januari hadapan
Kuasa sebenar di sebalik Ketua Pembangkang sudah bersuara — dengan pengisytiharan perang apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengabaikan hasrat Yang di Pertuan Agong untuk baginda tidak perlu melantik seorang lagi Perdana Menteri sebelum tamat penggal pemerintahan lima tahun baginda pada bulan Januari hadapan.
Semalam, saya mengkritik Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, kerana gagal dalam ujian Agong untuk memastikan kestabilan politik untuk lima tahun yang akan datang untuk memberi ruang kepada penyatuan negara majmuk yang terpolarisasi dan untuk mengembalikan Malaysia kepada prinsip asal pembinaan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Saya telah katakan yang Hamzah telah gagal untuk memberi aku janji bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri terakhir yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-16 sebelum berakhirnya penggal pemerintahan lima tahun baginda pada Januari depan, atau berjanji bahawa tidak akan ada pertukaran Perdana Menteri untuk lima tahun akan datang dan bahawa Anwar Ibrahim akan dapat berkhidmat sepenuh penggal lima tahunnya sebagai Perdana Menteri yang ke-10.
Kini, punca kegagalan Hamzah dengan ujian ini sudah jelas — ucapan perbahasan Muhyiddin semalam adalah satu pengisytiharan perang yang menunjukkan bahawa dia tidak akan dihalang oleh Titah Diraja Yang di Pertuan Agong dalam Istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 pada hari Isnin daripada merancang satu lagi konspirasi politik seperti Langkah Sheraton untuk membawa masuk seorang lagi Perdana Menteri “pintu belakang”.
Dalam ucapan perbahasannya, Muhyiddin yakin dengan fenomena “gelombang hijau”, mengulangi apa yang dikatakan oleh para pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mengatakan PN boleh menawan kerajaan negeri Selangor dan PN mempunyai peluang 50-50 untuk menawan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum negeri yang bakal diadakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu pada bulan Jun atau Julai tahun ini.
Malah seorang pemimpin PN mengatakan yang PN boleh menawan 33 daripada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya umum negeri akan datang — selain Kota Darul Aman, Bakar Arang, dan Sidam, PN dikatanya akan menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dan Terengganu.
Apa yang diperlukan untuk membuktikan bahawa tidak wujud fenomena “gelombang hijau” yang tidak dapat dilawan yang bakal mengubah Malaysia menjadi sebuah teokrasi adalah lima perkara seperti berikut:
- PN gagal menawan kerajaan negeri Selangor;
- PN gagal menawan kerajaan Negeri Sembilan;
- Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan perpaduan Anwar boleh memenangi lebih daripada tiga kerusi DUN di Kedah;
- Pecahkan monopoli semua kerusi yang dimiliki PN di Kelantan;
- Pecahkan monopoli semua kerusi yang dimiliki PN di Terengganu.
Jelas dari ucapan perbahasan Muhyiddin di Parlimen semalam, yang PN mahu enam pilihan raya negeri ini menjadi seperti pilihan raya umum mini, di mana kemenangan besar PN akan menjadi asas kepada satu lagi konspirasi politik seperti Langkah Sheraton untuk menumbangkan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim.
Muhyiddin mahu Yang di Pertuan Agong ke-16 untuk terpaksa bekerja dengan lima orang Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun penggal pemerintahan baginda dari tahun 2019 hingga 2024, tetapi keputusannya terletak dalam tangan para pengundi di enam buah negeri dalam pilihan raya negeri mereka yang bakal berlangsung pada bulan Jun atau Julai, bukannya di tangan Muhyiddin.