Hamzah telah gagal dengan ujian Agong untuk menjamin kestabilan politik dalam lima tahun yang akan datang untuk menyatukan masyarakat majmuk yang terpolarisasi dan untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip asal pembinaan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, telah telah gagal dengan ujian Agong untuk menjamin kestabilan politik dalam lima tahun yang akan datang untuk menyatukan masyarakat majmuk yang terpolarisasi dan untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip asal pembinaan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Sekurang-kurangnya, Hamzah patut memberikan persetujuan bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang terakhir yang mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-16 sebelum penggal pemerintahan baginda berakhir pada bulan Januari tahun hadapan, memandangkan baginda sudah pun dicatatkan dalam sejarah dengan mempunyai empat orang Perdana Menteri sepanjang tempoh pemerintahannya.
Selain daripada Yang di Pertuan Agong yang ke-16, tidak ada mana-mana Yang di Pertuan Agong yang lain yang perlu bekerja dengan lebih dari dua orang Perdana Menteri.
Adakah akan ada Perdana Menteri kelima untuk Yang di Pertuan Agong ke-16 sebelum tamat penggal pemerintahan baginda pada tahun hadapan?
Perkara paling besar yang dapat dibuat oleh Hamzah pula adalah dengan memberikan jaminan di Parlimen bahawa tidak akan ada pertukaran Perdana Menteri untuk lima tahun yang akan dan Anwar Ibrahim dapat berkhidmat untuk sepenuh tempoh penggal lima tahunnya.
Tetapi, Hamzah gagal untuk melepasi baik ujian kecil atau besar dari Yang di Pertuan Agong, sebaliknya hanya dapat memberikan kenyataan yang samar-samar yang pihak Pembangkang akan memainkan peranan semak imbangnya di Parlimen.
Namun, perkara ini boleh difahami, memandangkan Hamzah tidak memegang kuasa sebenar dalam Perikatan Nasional. Sebaliknya kuasa ada dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Hadi Awang.
Untuk buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita ada Ketua Pembangkang yang lemah di Parlimen.
Hamzah patut merujuk kepada Muhyiddin dan Hadi untuk mendapatkan persetujuan mereka untuk melepasi ujian yang diberikan oleh Yang di Pertuan Agong, sama ada untuk memberi jaminan minima sehingga tamat penggal pemerintahan baginda atau untuk memberi jaminan penuh sehingga tamat penggal Parlimen ke-15.
Yang di Pertuan Agong telah menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk “membuka hati mereka” terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung pada bulan November tahun lepas — untuk membentuk kerajaan yang stabil yang dapat memberikan kestabilan politik, menjana pertumbuhan ekonomi, menyelesaikan isu-isu seperti kos sara hidup, subsidi untuk rakyat, dan usaha membanteras rasuah.
Apakah respons Perikatan Nasional yang mencerminkan pendirian Muhyiddin dan Hadi?