Empat soalan kepada Ketua Pembangkang Parlimen
Sidang Parlimen selama tujuh minggu yang bermula hari ini adalah sidang yang amat penting untuk Kerajaan Perpaduan Anwar memandangkan sidang ini akan menjadi ujian sama ada Blok Pembangkang seramai 74 Ahli Parlimen ini akan dapat mempromosikan perpaduan dalam masyarakat majmuk dan mengembalikan kedudukan Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Kerajaan Perpaduan Anwar telah mula dengan baik dalam 52 hari pertamanya dalam kerajaan, memenuhi janji-janji Anwar Ibrahim selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di Pertuan Agong bahawa dia tidak akan berkompromi mengenai tadbir urus baik, usaha membanteras rasuah, kebebasan badan kehakiman, dan kebajikan rakyat Malaysia.
Kini adalah masa untuk menterjemah harapan-harapan ini menjadi realiti — bagaimana untuk mencapai perpaduan negara dari kepelbagaian etnik, bahasa, agama, budaya, dan tamadun yang bertemu di Malaysia dan untuk menetapkan semula dan menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia yang dipandu oleh prinsip-prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, anti-rasuah, dan sistem ekonomi, pendidikan, dan sosial yang bertaraf global.
Tetapi, sidang ini juga menjadi ujian sama ada Blok Pembangkang seramai 74 MP yang ada dapat menjadi pihak pembangkang yang dapat dipercayai dan setia untuk menyokong usaha kerajaan perpaduan untuk menghentikan polarisasi hubungan antara etnik dan agama di Malaysia, memberikan makna baharu kepada “Perpaduan dari Kepelbagaian” etnik, agama, dan budaya yang bertemu di Malaysia dengan mendalamkan lagi pemahaman rakyat terhadap lima prinsip pembinaan negara bangsa yang terkandung dalam Rukun Negara.
Kerana inilah ucaptama Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, dalam perbahasan Menjunjung Titah Diraja esok penting untuk menetapkan tema pihak Pembangkang dalam Parlimen ke-15 ini — sama ada pihak Pembangkang akan meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan gabungan politik sendiri dan menawarkan sokongan kepada objektif kerajaan Anwar untuk menyatukan masyarakat majmuk di negara kita dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara untuk Malaysia kembali menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Persoalan pertama adalah mengapa Hadi Awang atau Muhyiddin Yassin tidak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Persoalan kedua, adakah pihak Pembangkang akan menggunakan platform Parlimen untuk menyebarkan politik politik penipuan, fitnah, berita palsu, sentimen perkauman, dan keagamaan dan adakah mereka akan mengulangi penipuan dan fitnah seperti mengatakan kononnya DAP anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.
Persoalan ketiga, adakah pihak Pembangkang akan memberikan sokongan penuh kepada semua langkah untuk mempromosikan tadbir urus baik, usaha banteras rasuah, usaha untuk menjamin kebebasan badan kehakiman, dan penjagaan kebajikan rakyat, misalnya:
Tadbir Urus Baik — Ahli-ahli Parlimen meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan peribadi dan bersedia untuk berkorban demi negara untuk membentuk sebuah kerajaan yang baik, bersih, jujur, dan berkesan. Menyokong penerbitan laporan dan cadangan dari Majlis Penasihat Kerajaan dari Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 dan menyokong penubuhan Ombudsman.
Usaha Banteras Rasuah — Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat bagaimana Malaysia boleh menjadi sebuah kleptokrasi, ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dalam TI CPI sejak mula diterbitkan pada tahun 1995 dan bagaimana Malaysia dalam menjadi salah satu negara teratas dalam integriti awam dan usaha membanteras rasuah dan untuk mengguna pakai Pelan Anti Rasuah Kebangsaan yang baru untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 negara terbaik dunia.
Kebebasan Kehakiman — Pihak Legislatif akan membuang semua pengaruh pihak Eksekutif terhadap pelantikan kehakiman melalui pindaan terhadap Akta Pelantikan Kehakiman untuk membuang pengaruh pihak Eksekutif dalam pelantikan dan proses naik pangkat para hakim di Malaysia.
Kebajikan Rakyat — Malaysia mencapai cita-cita untuk menjadi harimau ekonomi (yang hampir dicapai sebelum ini), dengan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia, gaji minima bermaruah, dan sistem pendidikan, ekonomi, dan sosial yang bertaraf dunia bersama dengan dasar-dasar untuk mengurangkan pengeluaran bakat dari negara.
Perpaduan Negara — Malaysia menjadi contoh kepada dunia, bagaimana sebuah negara majmuk dapat mencapai perpaduan, keharmonian, dan persefahaman dari kepelbagaian etnik, bahasa, agama, budaya.
Persoalan keempat, adakah Parlimen ke-15 ini akan digunakan oleh pihak Pembangkang untuk merangka satu lagi konspirasi politik seperti Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar dan membawa masuk pula kerajaan “pintu belakang” yang ketiga.