Malaysia boleh memimpin dunia dalam memberikan makna baharu kepada “Perpaduan dalam Kepelbagaian” di mana kita meraikan perayaan-perayaan etnik, agama, dan kebudayaan dari seluruh dunia dan pada masa yang sama mengekalkan identiti etnik, agama, dan budaya masing-masing
Thaipusam dan Chap Goh Mei pada tahun ini jatuh pada hari yang sama.
Malaysia boleh memimpin dunia dalam memberikan makna baharu kepada “Perpaduan dalam Kepelbagaian” di mana kita meraikan perayaan-perayaan etnik, agama, dan kebudayaan dari seluruh dunia dan pada masa yang sama mengekalkan identiti etnik, agama, dan budaya masing-masing.
Tidak ada sesiapa yang mahu orang Melayu menjadi Cina, Cina menjadi India, India menjadi Dayak, atau Dayak menjadi Kadazan. Sama juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu orang Islam menjadi Buddha, Buddha menjadi Hindu, atau Hindu menjadi Kristian. Perkara ini bukanlah “Perpaduan dalam Kepelbagaian”!
Malaysia di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, bahasa, agama, atau budaya, perlulah menggunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat ini untuk membina semula sebuah Malaysia hebat yang bertaraf dunia.
Malaysia boleh menunjukkan kepada dunia untuk mengambil satu lagi langkah ke hadapan — bukan setakat menunjukkan toleransi, sebaliknya, bersama-sama meraikan perayaan-perayaan utama pelbagai kumpulan etnik, agama, dan kebudayaan dari seluruh dunia, yang menjadi sebab mengapa kita ada perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai, Vesak, dan Krismas sebagai cuti umum kebangsaan.