Golongan belia dan pelajar sekolah di Malaysia perlu digalakkan untuk bercita-cita dengan Impian Malaysia – memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan menyumbang kepada kemajuan dunia dan bukannya untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik
Golongan belia di Malaysia, mereka yang berusia di antara 18 ke 21 tahun, dan juga yang lebih muda lagi, mereka yang berada di sekolah, perlu digalakkan untuk bercita-cita dengan Impian Malaysia – memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dan menyumbang kepada kemajuan dunia dan bukannya untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.
Inilah perkara yang terlintas di fikiran saya apabila membaca laporan media yang melaporkan yang ahli akademik, Mohammad Agus Yusoff telah dilantik menjadi ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (Jkom) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menggerakkan konsep Malaysia Madani yang mempunyai tiga teras utama – untuk meluaskan ilmu pengetahuan, mencipta sebuah masyarakat dengan bakat digital, dan mengukuhkan semangat patriotik rakyat; cita-cita digital Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, untuk mencipta dekad keemasan digital dalam negara; dan juga program Minggu Perpaduan Kebangsaan yang dirangka oleh Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang, berteraskan kepada tema “Perpaduan dari Kepelbagaian” dari masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya di Malaysia.
Kejadian mengenai kursus SPM yang dijalankan secara berasingan di sekolah di Johor Baru, komen buruk dari seorang pemengaruh media sosial, dan hantaran kontroversi dari seorang pemain hoki kebangsaan yang telah menyebabkan seorang bekas Menteri Kabinet, Rafidah Aziz, untuk marah dan mengisytiharkan bahawa “tidak ada tempat dalam negara ini untuk mereka yang memperkecilkan mana-mana kumpulan kaum” telah menunjukkan keperluan untuk kita menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara yang diguna pakai oleh tokoh kemerdekaan dan juga telah menonjolkan kegagalan Rukun Negara untuk menyatukan negara kita, terutamanya dari segi kebolehan untuk membezakan di antara perkara yang betul dengan perkara yang salah, dan juga untuk kegagalan untuk mendidik rakyat untuk tidak terpedaya dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu.
Jkom, Kementerian Perpaduan Negara, dan Kementerian Pendidikan perlu melancarkan semula Rukun Negara secara kreatif di sekolah-sekolah untuk memastikan sekolah tidak menjadi tempat bercambahnya polarisasi masyarakat, sebaliknya menjadi penyemai konsep Bangsa Malaysia, di mana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau budaya tidak hanya bercuti pada hari-hari perayaan pelbagai etnik dan agama, sebaliknya dapat turut meraikan bersama – sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Kaamatan, Vesak, Deepavali, atau Krismas.
Kerajaan perpaduan Anwar perlu mula menyelesaikan masalah serius mengenai polarisasi perkauman dan keagamaan dalam negara kita.
Ada yang mengatakan yang rakyat Malaysia perlu memilih sama ada mereka ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir.
Rakyat Malaysia tidak mahu menjadi penternak lembu atau khinzir, sebaliknya kita hendak berada di barisan hadapan kemajuan teknologi dengan menggunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat yang bertemu di Malaysia, untuk membina sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.
Menjadi satu falasi untuk mengatakan yang pilihan yang ada di hadapan rakyat Malaysia hanyalah sama untuk menjadi penternak lembu atau penternak khinzir.
Kita perlu galakkan generasi baharu rakyat Malaysia untuk mempunyai komitmen untuk mencipta sebuah Malaysia yang inklusif, moderat, dan dihormati di seluruh dunia.
Dedahkan mereka ini kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa dalam Rukun Negara untuk “mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.”
Daripada menumpukan usaha terhadap pilihan yang mengelirukan, sama ada untuk menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, jauh lebih baik dan bertanggungjawab untuk kita semua menumpukan usaha untuk memastikan generasi baharu rakyat Malaysia di sekolah mampu untuk mengubah Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang boleh menyumbang kepada kemajuan dunia.