Latiff Abdul Rahman patut diberi peluang untuk memanggil mesyuarat JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri dalam minggu pertama Oktober dan sekiranya dia enggan, ketujuh-tujuh ahli lain JPK ini patut membawa usul tidak percaya terhadapnya supaya Pengerusi JPK yang baharu dapat dilantik
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen mengenai Agensi di Jabatan Perdana Menteri, Latiff Abdul Rahman, yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai, patut diberikan peluang untuk memanggil sidang JPKnya dalam minggu pertama sidang Parlimen pada bulan Oktober dan sekiranya dia enggan, ketujuh-tujuh ahli lain JPK ini patut membawa usul tidak percaya terhadapnya supaya Pengerusi JPK yang baharu dapat dilantik.
JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri ini mempunyai banyak tanggungjawab baharu dan tugas yang belum selesai yang tidak boleh diabaikan mereka sekiranya mereka hendak menjadi sebuah JPK yang kompeten dan berkesan. Tugas dan tanggungjawab ini adalah:
- Isu konflik kepentingan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, yang memiliki sejumlah besar saham korporat yang tidak diisytiharkan;
- Kenyataan Azam hampir dua bulan lepas yang SPRM akan mengumumkan dapat siasatannya terhadap kontrak enam buah kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion yang bermula beberapa tahun yang lepas tanpa ada apa-apa yang diumumkan sehingga kini;
- Kenyataan Azam pada bulan Julai yang mengatakan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tidak menggambarkan keadaan sebenar rasuah dalam sesebuah negara dan bahawa CPI mengukur persepsi rasuah dalam sektor awam di pelbagai negara ini tidak berasaskan kepada fakta atau bukti. Adakah kritikan Azam terhadap TI CPI bermakna SPRM kini tidak menyokong Pelan Integriti Kebangsaan yang menyasarkan Malaysia untuk berada dalam kalangan 30 negara teratas dengan paling kurang rasuah?
- JPK perlu bertanya kepada SPRM, apakah yang dilakukan badan tersebut untuk memastikan Malaysia tidak ditinggalkan di belakang Indonesia, China, dan India, dan juga banyak negara lain lagi dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam penerbitan carta TI CPI menjelang penghujung dekad ini;
- Hasil siasatan SPRM terhadap individu yang dinamakan dalam lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang didedahkan semasa perbicaraan rasuah Presiden UMNO yang merupakan bekas Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.
Adakah Parlimen Malaysia akan mencipta sejarah dengan menyaksikan undi tidak percaya terhadap Pengerusi sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas?