Hanya “Kluster Mahkamah” dalam UMNO yang mahu PRU15 diadakan semasa musim tengkujuh dan banjir walaupun perkara ini mungkin akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan bencana banjir pada tahun lepas yang telah menyaksikan kerosakan harta benda bernilai RM6.5 billion dengan 54 orang terkorban
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, telah mendakwa yang banjir adalah “naratif dan mitos” yang dicipta oleh pembangkang untuk mengelakkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin kerana gabungan politik tersebut telah kehilangan sokongan orang Melayu.
“Kluster Mahkamah” dalam UMNO, yang diketuai Zahid, adalah satu-satunya pihak yang terdesak mahu pilihan raya umum ke-15 diadakan sesegera mungkin dalam musim tengkujuh dan banjir walaupun sekiranya perkara ini akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan bencana banjir pada tahun lepas, yang telah menyaksikan negara kita mengalami kerosakan harta benda yang bernilai sehingga RM6.5 billion, dengan 54 nyawa yang terkorban.
Kerana inilah Menteri Bersatu di Jabatan Perdana Menteri, Mustapha Mohamed, berkeberatan mengenai cadangan untuk mengadakan PRU15 dalam musim tengkujuh dan banjir atas dua sebab, iaitu:
1. Fokus semasa sepatutnya ditumpukan untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh musim tengkujuh dan terhadap pemulihan ekonomi dan bukannya politik;
2. RM2 billion bakal diperlukan sekiranya pilihan raya parlimen dan negeri diadakan berasingan.
Menteri Alam Sekitar dan Air dari PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, telah mengatakan bahawa tidak sesuai untuk pilihan raya umum ke-15 diadakan semasa musim hujan lebat dan banjir yang dijangka tiba pada pertengahan bulan November.
Mengapakah Zahid tidak menyalahkan Menteri-menteri Bersatu, PAS, dan UMNO yang tidak tergolong dalam “kluster mahkamah” yang juga tidak mahu PRU15 diadakan semasa musim tengkujuh dan bajir atas alasan yang sangat kuat ini?
Satu-satunya sebab untuk mengadakan PRU15 tanpa mengambil kira kesan akibat musim tengkujuh dan banjir adalah kepercayaan dalam kalangan pihak “kluster mahkamah” yang inilah jalan untuk pemimpin mereka bebas dari dipenjarakan atas tuduhan rasuah.
Perkara ini memang jelas merupakan kepentingan peribadi mereka dan bukanlah satu perkara yang mengutamakan kepentingan negara.
Saya telah katakan yang sekiranya Perdana Menteri, Ismail Sabri bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan meminta pembubaran Parlimen dengan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong selepas pembentangan Belanjawan 2023, baginda mempunyai dua sebab yang kuat untuk menolak memberi perkenan kepada permintaan ini, iaitu:
1. Parlimen tidak patut dijadikan bahan jenaka atau permainan politik sebaliknya perlulah diberikan ruang untuk membahas dan meluluskan Belanjawan 2023 selepas dibentangkan melainkan terdapatnya undian tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan tidak ada sesiapa yang dapat membentuk kerajaan; dan
2. Musim tengkujuh dan bencana banjir telah mengorbankan 54 nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda peribadi dan awam yang melibatkan sejumlah RM6.5 billion pada tahun lepas.
Inilah ujian kepada Perdana Menteri kesembilan Malaysia untuk meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan parti dan diri sendiri.