Adakah Saravanan seorang pelampau, seorang yang bodoh, atau seorang hamba?
Byron pernah mengatakan: “Mereka yang tidak akan berfikir adalah pelampau, mereka yang tidak boleh pula adalah bodoh, dan mereka yang tidak berani adalah hamba.”
Adakah Timbalan Presiden MIC merangkap Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan, seorang pelampau, seorang yang bodoh, atau seorang hamba?
Saravanan patut mempelajari pengajaran mengenai kekurangan tenaga kerja dalam negara, sebaliknya, dia kelihatan seperti lebih bersedia untuk menjadi hamba kepada pemimpin UMNO yang kini sedang bersungguh-sungguh untuk memburukkan barisan pimpinan DAP yang baharu dengan mengatakan yang DAP akan memerintah negara sekiranya Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Siapakah yang Saravanan sedang cuba takut-takutkan – orang Melayu, Cina, India, atau rakyat Malaysia?
Pertama sekali, adakah Saravanan ini berjiwa Malaysia – adakah dia pertamanya rakyat Malaysia dan keduanya orang India atau sebaliknya?
Bolehkah Saravanan nyatakan, apakah yang telah dilakukannya sebagai Timbalan Presiden MIC untuk menjadi MIC sebagai sebuah parti Malaysia dan bukannya hanya sebagai sebuah parti untuk orang India di Malaysia?
Salah satu masalah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO hari ini adalah bagaimana untuk mereka memomokkan pimpinan baharu DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Mengapakah Saravanan sedang cuba membantu UMNO dalam usahanya untuk memomokkan DAP ini?
MIC adalah salah satu parti politik yang paling tua di Malaysia, tertubuh seawal 1946. Apakah yang telah dilakukan oleh para pemimpin MIC, terutamanya Saravanan, untuk menjadikan MIC sebuah parti politik yang bersifat Malaysia?
Untuk makluman Saravanan, tidak ada parti dominan dalam Pakatan Harapan, satu perkara yang amat berbeza dengan Barisan Nasional, yang bukan sahaja didominasi oleh UMNO, tetapi mengamalkan hegemoni politik UMNO dalam Barisan Nasional – satu perkara yang pastinya akan menyebabkan Tun Sambanthan amat kecewa.