Skandal gergasi 1MDB yang melibatkan RM50 billion penentu sama ada sesebuah parti politik itu menyokong atau menentang rasuah dan sama ada parti tersebut membantah Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi
Menjadi satu tragedi apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin, perlu mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita “tidak boleh bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata”.
Perkara ini menunjukkan sejauh mana rasuah telah menjadi masalah besar di Malaysia.
Semasa melancarkan buku Professor Kamal Hassan, Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu, baginda mengatakan rasuah sebagai satu “penyakit” dan penularan “berkanser” dalam masyarakat.
Baginda mengatakan yang rasuah berlaku dengan tersebar secara perlahan-lahan, melemahkan satu demi satu struktur organisasi – sehingga ia lumpuh sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal.
Baginda menekankan: “Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi – bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata.
“Penilaian keadaan rasuah, wajib dilakukan secara jujur, secara ikhlas, secara objektif, secara fakta, dijadikan bukti bahawa kita sangat serius mahu membendung, malah berhasrat mahu memerangi dan menghapuskan rasuah.”
Skandal gergasi 1MDB yang melibatkan RM50 billion penentu sama ada sesebuah parti politik itu menyokong atau menentang rasuah dan sama ada parti tersebut membantah Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi, telah menyindir bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dan juga bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, namun dia sendiri gagal untuk mengecam skandal 1MDB yang melibatkan RM50 billion. Mengapakah jadi begini?
Presiden UMNO telah mengatakan yang UMNO bersedia untuk “meredah air banjir” dalam Pilihan Raya Umum ke-15, namun mengapakah dia gagal untuk mengecam skandal 1MDB? Adakah UMNO akan “meredah air banjir” untuk mempertahankan rasuah?
Tidak ada keperluan untuk bertanya kepada Menteri dan pemimpin MCA dan MIC sebab mereka gagal untuk mengutuk skandal 1MDB dalam dekad yang lepas kerana perkara sebegini memang menjadi ciri parti mereka.
Baru-baru ini, seorang pemimpin MCA telah bertanya, mengapa tidak ada simpati yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam?
Pemimpin MCA ini mengatakan yang dia tidak faham mengapa terdapat sebegitu banyak kebencian terhadap ahli politik.
Dia mengatakan: “Ada yang tak sudah-sudah mau lihat Najib seksa dan sengsara di penjara. Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya?
“Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam?”
Sekiranya kehidupan dalam penjara ini adalah satu penyeksaan terhadap “minda, badan, dan jiwa”, mengapakah MCA hanya bersuara sekarang, 65 tahun selepas negara kita Merdeka?