Sepertimana Hasni gagal menjadi pembaca minda ketika gagal untuk menjadi Menteri Besar Johor selepas PRN Johor, dia gagal sekali lagi sebagai seorang pembaca minda
Sepertimana Hasni gagal menjadi pembaca minda ketika gagal untuk menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum Negeri Johor awal tahun ini, dia telah gagal sekali lagi sebagai seorang pembaca minda apabila dia mengatakan yang saya sedang bersedia untuk bertanding di kerusi parlimen Bakri pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya tidak tahu dari mana Hasni mendapat maklumatnya, tetapi dia kini terbukti sebagai seorang pemimpin politik dan strategis teruk, menyebarkan maklumat palsu dan salah.
DAP dan Pakatan Harapan perlu bersyukur kerana Hasni adalah pemimpin UMNO di Johor yang percaya dengan maklumat yang salah ini.
Untuk makluman Hasni, saya telah bersara dari politik kompetitif dan saya tidak sedar mengenai apa-apa mesyuarat DAP baru-baru ini untuk membincangkan pencalonan saya di kerusi parlimen Bakri dalam Pilihan Raya Umum ke-15.