Di manakah pasukan respons pantas Kementerian Dalam Negeri mengenai isu “Merpati” atau adakah tuduhan mengenai kes “Merpati” ini sebenarnya betul?
Di manakah pasukan respons pantas Kementerian Dalam Negeri mengenai isu “Merpati” yang mengatakan Najib Razak menerima layanan istimewa di penjara atau adakah tuduhan ini sebenarnya betul?
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan Naib Presiden Amanah merangkap MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, semalam telah bertanya kepada Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penjara untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai satu siaran media sosial yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, mendapat layanan istimewa di penjara semasa menjalani hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan rasuahnya, namun masih belum ada apa-apa maklum balas diterima.
Siaran media sosial “Merpati” ini telah berlegaran selama dua hari dan tidak mungkin pihak berkuasa belum sedar mengenainya.
Pihak berkuasa di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara perlu sedar yang 24 jam adalah tempoh yang amat lama dalam era media sosial, apatah lagi 48 jam.
Dalam keadaan seperti ini, persoalan ini menjadi lagi penting apabila Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara terus berdiam diri.
Siaran media sosial “Merpati” ini mendakwa yang sel penjara Najib di Kompleks Penjara Kajang telah dinaik taraf dan terdapat rancangan untuk memindahkannya ke Pusat Rehabilitasi Cheras (CRH) untuk memberikan ruang untuk lebih ramai pelawat dan juga akses kepada kemudahan VVIP.
Mahfuz, yang mengatakan dirinya sebagai “senior” Najib di Penjara Kajang, menuntut jawapan dari kerajaan mengenai mesej yang dihantar tanpa nama yang mendakwa bekas perdana menteri tersebut telah diberikan keistimewaan tertentu, sedangkan Mahfuz sendiri tidak pernah menerima apa-apa layanan khas.
Mahfuz mengatakan rakyat perlu tahu kebenaran sekiranya kerajaan sedang membelanjakan wang untuk bekas perdana menteri ini.
Di manakah pasukan respons pantas Kementerian Dalam Negeri dalam isu ini, atau adakah dakwaan itu sebenarnya tepat?
Pada 17 Mei tahun lepas, pasukan respons pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan penafian pada jam 3 petang ketika mana Kementerian Dalam negeri menafikan ketulenan satu mesej yang tular yang mendakwa kompaun bernilai RM2,000 sehingga RM5,000 akan dikenakan kepada individu yang gagal untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19, yang pada masa itu merupakan arahan untuk tidak berada di luar rumah/premis melebihi jangka masa yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah.
Kementerian Dalam Negeri menegaskan yang mesej tersebut adalah palsu dan rakyat digesa untuk tidak menyebarkan maklumat palsu untuk mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam masyarakat.
Kerajaan patut sedar yang kadar kesinambungan digital dalam masyarakat di Malaysia sedang berkembang pesat.
Satu kajian menunjukkan kira-kira 75% rakyat Malaysia menggunakan internet secara kerap untuk membaca berita dan mengetahui perkembangan terkini manakala 72% menggunakan internet untuk berhubung dengan rakan melalui media sosial.
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara perlulah segera memberikan maklum balas mengenai siaran media sosial isu “Merpati” ini atau isu ini perlulah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada pagi ini.