Adakah Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” yang kedua yang mana nasihatnya ditolak oleh Yang di Pertuan Agong?
Adakah Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” yang kedua yang mana nasihatnya ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong?
Perdana Menteri “pintu belakang” pertama yang dimalukan begini adalah Muhyiddin Yassin apabila dia cuba untuk mengelakkan undi kepercayaan terhadapnya di Parlimen pada Oktober 2020 dengan menggantung sidang Parlimen melalui proklamasi darurat atas alasan pandemik Covid-19.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 25 Oktober 2020, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, telah mengatakan bahawa Tuanku berpendapat bahawa kerajaan telah menguruskan pandemik Covid-19, yang telah memasuki gelombang ketiga di sesetengah kawasan dalam negara, dengan baik dan berkesan.
Ahmad Fadil mengatakan, baginda percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu untuk melaksanakan dasar dan langkah pencegahan untuk mengekang penularan wabak ini dari terus tersebar.
Ahmad Fadil mengatakan: “Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.”
Saya telah mengatakan bahawa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 ketika musim tengkujuh dan negara berhadapan dengan bencana banjir tanpa mengambil kira kesan kerosakan terhadap harta benda dan nyawa rakyat adalah alasan yang berpatutan untuk Yang di Pertuan Agong, dengan rundingan bersama Raja-Raja Melayu, untuk menolak memberi perkenan ke atas permintaan pembubaran Parlimen.
Adakah Ismail Sabri hendak bertindak dengan sebegitu tidak bertanggungjawab dengan meminta Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, sedangkan cabaran pada masa itu untuk seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab adalah untuk mengurangkan kerosakan terhadap harta benda dan melindungi nyawa rakyat?