Zahid dan Hadi masing-masing telah membuat kenyataan politik terburuk dan kedua terburuk untuk tahun ini
Presiden UMNO, Zahid Hamidi, dan Presiden PAS, Hadi Awang, masing-masing telah membuat kenyataan politik terburuk dan kedua terburuk dalam tahun ini.
Zahid mengatakan yang Barisan Nasional bersedia untuk meredah banjir sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan semasa musim tengkujuh.
Perkara ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawab UMNO dan BN kini – mereka tidak peduli mengenai kebajikan rakyat semasa musim banjir dan tengkujuh, sebaliknya hanya mahu Pilihan Raya Umum ke-15 supaya “kluster mahkamah” dalam kalangan pimpinan UMNO dapat melepaskan diri dari hukuman penjara akibat kesalahan rasuah.
Kelihatan seperti era di mana musim tengkujuh dianggap waktu yang tidak patut untuk mengadakan pilihan raya umum sudah tidak ada lagi – namun era tersebut adalah era di mana kebajikan rakyat masih dianggap sebagai penting berbanding dengan kebajikan pemimpin politik semata-mata.
Kenyataan Presiden PAS yang mengatakan ramai pemimpin Pakatan Harapan sebagai “tidak beriman dan tidak bermoral”; kononnya semasa Harapan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, gabungan tersebut mengambil pemberi dan penerima rasuah secara terbuka, dan kononnya golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah “punca rasuah” dalam negara mengecualikan Hadi dari kalangan pemimpin yang sesuai untuk sebuah Malaysia yang majmuk.
Amat mengecewakan untuk melihat seorang pemimpin Islam dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia membuat suatu kenyataan yang bersifat tidak rasional dan ekstremis sedangkan terdapat perkembangan toleransi dan kebebasan di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara Islam yang lain.
Tidak mengejutkanlah apabila Hadi diharamkan dari ke Arab Saudi dan beberapa negara OIC yang lain walaupun dia merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri!
Adakah perkara ini merupakan sebab mengapa dari mengetuai senarai negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berada dalam kedudukan tertinggi dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah Transparency International, kita sebaliknya di belakang lima negara OIC dan bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara-negara OIC yang lain melainkan kita memerangi rasuah secara serius?
Negara kita berhadapan dengan suasana politik yang buruk apabila para pemimpin politik obses dengan kepentingan peribadi sendiri secara terbuka atau bersedia untuk menggunakan provokasi melalui penipuan dan fitnah untuk menjaga kepentingan politik masing-masing.