Selesaikan perbezaan sambutan dua tarikh – Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September

Untuk menetapkan semula hala tuju negara kepada dasar dan prinsip asal Malaysia, salah satu isu yang perlu diselesaikan adalah perbezaan sambutan dua tarikh – Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Buat masa ini, Hari Kebangsaan kebiasaannya disambut secara rasmi di Kuala Lumpur manakala Hari Malaysia disambut secara rasmi sama ada di Sabah atau Sarawak.

Sambutan rasmi Hari Kebangsaan ini tidak sepatutnya hanya disambut di Kuala Lumpur sahaja manakala sambutan rasmi Hari Malaysia juga tidak patut hanya disambut di Sarawak atau Sabah, sebaliknya disambut secara bergiliran di seluruh negara.

Kedua-dua tarikh ini patut diadakan sambutan secara rasmi di seluruh negara, mengikut giliran.

Sarawak pula akan mempunyai tiga tarikh untuk diraikan, termasuklah Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai.

Perkara ini juga patut menjadi salah satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia.

Malaysia telah memulakan perjalanan panjang untuk kembali semula kepada prinsip dan dasar pembinaan negara bangsa untuk membina sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan mengembalikan semula kredibiliti, keabsahan, dan integriti institusi kehakiman.

Amat menyentuh perasaan melihat bekas Ketua Hakim Salleh Abas diberikan penghormatan dalam majlis rujukan khas oleh pihak kehakiman, di mana Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan yang krisis perlembagaan pada tahun 1988 telah menunjukkan walaupun ada usaha untuk merendahkan kebebasan pihak kehakiman, para hakim perlu terus berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan cekal menegakkan kedaulatan undang-undnag.

Menggambarkan krisis perlembagaan 1988 yang menyaksikan penyingkiran Salleh dari jawatannya sebagai Ketua Hakim sebagai satu “”detik gelap dalam sejarah kehakiman Malaysia”, Tengku Maimun menekankan bahawa badan kehakiman yang bebas dari pengaruh luar adalah “asas sistem pegangan perlembagaan dalam masyarakat berdemokratik”.

Beliau mengatakan: “Perkara ini adalah asas kuasa kehakiman dan merupakan teras utama doktrin pemisahan kuasa”.

Untuk tiga dekad sejak dari krisis perlembagaan 1988, prinsip pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, dan kebebasan badan kehakiman diragui – namun, keajaiban politik Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 akhirnya membawa perubahan.

Perkara ini adalah langkah pertama untuk Malaysia memenuhi potensinya untuk menjadi sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia – dengan kembali semula kepada prinsip-prinsip dan dasar-dasar asal pembinaan negara.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri