Mempertahankan kebebasan akhbar sepatutnya menjadi KPI utama Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Annuar Musa patut masuk campur untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan kebebasan akhbar dalam kes NST dan The Edge
Mempertahankan kebebasan akhbar sepatutnya menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) utama Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Annuar Musa patut masuk campur untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan kebebasan akhbar dalam kes NST dan The Edge.
Perdana Menteri Ismail Sabri telah memberikan jaminan kepada kebebasan akhbar di Malaysia dan Annuar perlulah menjadi pelaksana janji ini dalam kedua-dua kes ini.
Peguam Negara, Idris Harun, patut menarik semula kes jenayah fitnah terhadap bekas ketua editor The Edge, Azam Aris, memandangkan tuduhan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan ketenteraman awam dan moral.
Pihak yang tidak berpuas hati sepatutnya membawa saman fitnah dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.
Peguam Negara, dalam peranannya sebagai pendakwa raya, berkuasa untuk menarik semula tuduhan ini dan patut berbuat demikian secepat mungkin.
Menteri juga perlu masuk campur dalam kes NST untuk memastikan ketua editor NST, Ahmad Lokman Mansor, tidak dibuang dari jawatannya dan menasihatkan kepada semua parti politik untuk bergerak ke hadapan dengan peredaran zaman dan menerima norma baharu kebebasan akhbar dalam negara.