Mengapakah pihak Polis mengambil masa yang sebegitu lama untuk menyiasat dakwaan Meta yang mengatakan pihak polis menjalankan aktiviti “ladang toyol internet” atau adakah kita mempunyai “ladang toyol internet” yang beroperasi tanpa pengetahuan atau kebenaran KPN?
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah, telah mengatakan yang siasatan masih sedang dijalankan atas satu laporan dari Meta yang mengatakan syarikat tersebut telah membuang lebih dari 600 akaun Facebook dan Instagram yang dihubungkan dengan “ladang toyol internet” yang dikatakan dijalankan oleh pihak polis tempatan.
Dia mengatakan: “Kami telah menafikan laporan ini. Saya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) untuk menyemak perkara ini.
“Kami masih sedang menyiasat. Sekiranya ada sebarang perkembangan (untuk kes ini), CCID akan memberikan maklumat terkini.”
Perkara ini amatlah tidak memuaskan.
Mengapakah pihak Polis mengambil masa yang sebegitu lama untuk menyiasat dakwaan Meta yang mengatakan pihak polis menjalankan aktiviti “ladang toyol internet” atau adakah kita mempunyai “ladang toyol internet” yang beroperasi tanpa pengetahuan atau kebenaran KPN?
40 hari sudah berlalu sejak Meta membuat pendedahan ini pada 5 Ogos dalam laporan Ancaman Jahat yang diterbitkan syarikat tersebut setiap suku tahun, yang telah mengatakan bahawa syarikat tersebut membuang ratusan akaun, laman, dan kumpulan di Facebook dan Instagram yang merupakan sebahagian dari “ladang toyol internet” yang ditujukan untuk mempengaruhi pengguna media sosial dalam negara.
Meta mengatakan siasatannya menjumpai “ladang toyol internet” yang dihubungkan dengan pihak polis, yang menyokong gabungan memerintah dan pihak polis sambil pada masa yang sama, menuduh pengkritik dan pihak pembangkang terlibat dengan rasuah.
Adakah pihak Polis telah berhubung dengan Meta untuk mendapatkan maklumat lanjut?
Mengapakah pihak Polis mengambil masa berminggu dan berbulan untuk menguruskan masalah yang beroperasi dalam julat masa berminit dan saat?
Saya telah menyeru supaya satu siasatan terbuka yang diketuai oleh seorang hakim atau bekas hakim untuk menyiasat tuduhan dari Meta ini.
Adakah KPN akan bersetuju dengan cadangan ini untuk mengembalikan semula kredibiliti awam dan imej profesional pihak polis dan meyakinkan rakyat Malaysia yang pihak polis tidak bersekongkol melakukan jenayah siber?
KPN perlu menyatakan sama ada pihak polis bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap satu siasatan bebas, yang akan merangkumi jemputan kepada pihak Meta untuk mendedahkan bukti-bukti yang dikatakan menghubungkan pihak polis dengan ladang toyol internet ini.