Rahmat Mohamad perlu melapor program dan jangka masa Suhakam untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa, termasuklah ICERD dan juga Statut Rom
Memandangkan Pengerusi Suhakam, Rahmat Mohamad, telah mengatakan yang dia bukanlah seorang penentang ICERD dan Statut Rom, Suhakam di bawah pimpinannya patut melaporkan kepada Parlimen mengenai rancangan program dan jangka masa mereka untuk menyediakan negara untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa, termasuklah ICERD dan Statut Rom.
Pada bulan September 2018, Perdana Menteri Pakatan Harapan ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengejutkan semua orang, termasuklah DAP, apabila dia mengumumkan dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang Malaysia akan meratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia.
Perkara ini kemudiannya mencetuskan tindak balas melampau dari UMNO dan PAS yang mengeksploit naratif perkauman, keagamaan, dan sistem beraja, menuduh DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja dan kononnya DAP berada di belakang rancangan ini sedang Menteri dan pemimpin DAP tidak tahu apa-apa pun mengenai rancangan ini. Perkara ini juga membawa kepada Rahmat menjadi penulis bersama satu kertas yang membantah ratifikasi Rom Statut oleh Malaysia pada tahun 2019 memandangkan persediaan untuk ratifikasi ini belum dibuat ketika itu.
Rahmat Mohamad telah menjadi Pengerusi Suhakam selama lebih dari dua bulan. Apakah yang telah dilakukannya untuk menebus semula nama dirinya dan Suhakam dari pengajaran dari cubaan gagal untuk meratifikasi enam konvensyen hak asasi manusia dan juga Statut Rom sebelum ini.
Rahmat Mohamad perlu memberikan laporan program dan jangka masa Suhakam untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa, termasuklah ICERD dan juga Statut Rom.
Dalam program Suhakam ini, pesuruhjaya Suhakam perlu mengadakan kempen untuk mendidik rakyat Malaysia, termasuklah semua parti politik, untuk memahami yang ratifikasi enam perjanjian hak asasi manusia antarabangsa ini (termasuklah ICERD) dan Statut Rom tidak bersifat anti orang Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja.
Setakat ini, Malaysia bersaing dengan Brunei untuk menjadi negara terakhir yang dari 57 buah negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang belum meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) memandangkan sejak permulaan konvensyen ini, semua negara Islam dalam OIC selain dari Malaysia dan Brunei telah pun meratifikasi perjanjian ini.
Negara Islam dalam OIC yang telah meratifikasi ICERD ini termasuklah Arab Saudi, Iraq, Iran, Syria, Bahrain, Turki, Mesir, dan Indonesia.
Malaysia sepatutnya menjadi negara pertama yang meratifikasi perjanjian hak asasi manusia sebegini – tetapi mengapakah kita sedang bersaing dengan Brunei untuk menjadi negara terakhir yang berbuat demikian?
Adalah Malaysia hendak mengatakan yang hanya satu peratus populasi orang Islam dunia yang berada di Malaysia dan Brunei adalah Muslim sebenar manakala 99 peratus dari 1.9 billion orang Islam di seluruh dunia, yang berada di Arab Saudi, Iraq, Iran, Turki, Mesir, Indonesia dan negara-negara lain bukan Muslim sejati kerana Malaysia dan Brunei tidak meratifikasi ICERD?
Inilah cabaran pertama Rahmat sebagai Pengerusi Suhakam.
Enam konvensyen antarabangsa ini adalah:
- Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman;
- Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik;
- Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial, dan Budaya;
- Konvensyen PBB menentang Penyeksaan;
- Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Hak Pekerja Migran dan Ahli Keluarga mereka; dan
- Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang daripada Penghilangan Paksa.