Pulau Pinang perlu menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan Mahkamah Persekutuan dan sembilan orang hakim yang semuanya bersetuju sebulat suara dengan sabitan rasuah, hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta terhadap Najib
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah meminta rakyat Malaysia, terutamanya ahli politik, untuk membaca penghakiman kes sebelum mengkritik hakim atas keputusan mereka.
Selepas menghadiri Persidangan Litigasi Kebangsaan 2020 kedua di Kuala Lumpur semalam, beliau mengambil maklum kritikan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak.
Beliau mengatakan sebab-sebabnya telah diterangkan dengan jelas dalam penghakiman bertulis.
Beliau mengatakan komen-komen yang menyerang keputusan mahkamah hanyalah berasaskan kepada sentimen dan sesetengah pihak yang menyerang pihak kehakiman kelihatan seperti belum membaca penghakiman kes yang disangkal mereka.
Oleh itu, masih ada yang kelihatan tidak faham dengan undang-undang yang berkaitan dengan kes ini, yang kemudiannya dikatakan beliau, membawa golongan ini untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan.
Ketua Hakim Negara telah mengatakan yang kritikan tidak berasas dalam serangan terhadap badan kehakiman ini berpunca dari kegagalan untuk membaca dan memahami rasional di sebalik keputusan para hakim pada 23 Ogos untuk mengekalkan sabitan bersalah Najib, berserta dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Tengku Maimun, yang merupakan mengetuai panel lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir Najib dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd, mengatakan tidak adil untuk ahli politik membuat kesimpulan sendiri dan mengeluarkan kenyataan tanpa memahami keadaannya terlebih dahulu dan mengatakan yang perkara ini hanya akan mencetuskan keadaan huru-hara.
Komen Ketua Hakim Negara ini amatlah tepat dan penting sekali, kerana buat pertama kali dalam sejarah 15 pilihan raya umum negara, satu isu yang penting yang timbul adalah sama ada Najib akan dibebaskan dari penjara dan semua tuduhan rasuahnya.
Pemimpin UMNO, dari Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dan yang lain-lain, mahukan supaya Najib diampunkan serta merta dan dilepaskan dari semua tuduhan rasuah.
Perkara ini dilihat jelas semasa taklimat khas UMNO yang diadakan pada hujung minggu di mana Najib dihantar ke penjara.
Dalam taklimat khas pada 27 Ogos ini, Zahid menggesa dengan kuat supaya pilihan raya diadakan segera dan juga untuk satu kempen pengampunan untuk Najib.
Zahid mengatakan bahawa desakan UMNO untuk suatu pilihan raya awal adalah keputusan yang dibuat oleh keseluruhan pimpinan parti dan bukannya keputusan bersendirian untuk menyelamatkan dirinya dari kes mahkamah.
“Saya ingin mengingatkan sekali lagi, yang semua permintaan ini adalah desakan dari UMNO sendiri sebagai sebuah parti yang berjuang demi kepentingan ahli-ahlinya dan rakyat.
“Ia bukanlah untuk kepentingan mana-mana ahli atau pemimpin UMNO. Manfaat desakan ini adalah untuk semua kaum di Malaysia.”
Zahid salah sama sekali. Kedua-dua desakan UMNO ini bukanlah untuk kepentingan orang Melayu ataupun untuk semua kaum.
Zahid telah mengatakan pada bulan Ogos 2015 yang dia telah berjumpa dengan penderma dari Arab yang mendermakan RM2.6 billion kepada Najib.
Dua persoalan timbul: Pertama, kenapa dia tidak hadir sebagai saksi untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan Najib untuk mempertahankan Najib, melainkan kisah ini adalah satu kisah rekaan dongeng.
Keduanya, sekiranya derma ini datang dari keluarga diraja Arab atas kekaguman mereka dengan dasar-dasar Najib, mengapakah keluarga diraja Arab ini tidak menyatakan bahawa memang mereka telah mendermakan dana ini dan bahawa tidak adil untuk seorang bekas perdana menteri dipenjarakan kerananya?
Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang ini, di antaranya, akan menjadi satu pertempuran di antara parti yang menyokong dan melawan kleptokrasi.
Penting untuk diingati bahawa tidak ada satu pun parti politik dalam gabungan dua kerajaan pintu belakang yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan selepas 22 bulan melalui konspirasi Langkah Sheraton telah mengecam skandal 1MDB atau skandal-skandal UMNO yang lain seperti skandal Tabung Haji atau skandal FELDA.
Pilihan raya yang akan datang ini akan menentukan sama ada Malaysia dapat diselamatkan dari menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, atau sebuah negara gagal, yang menerima nasib seperti Sri Lanka.
Pulau Pinang perlu berada dalam barisan hadapan untuk mempertahankan Mahkamah Persekutuan dan sembilan orang hakim yang semuanya bersetuju sebulat suara dengan sabitan bersalah kes rasuah Najib dan juga hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan kepadanya.
Pulau Pinang perlu memainkan peranan utama dalam usaha menyelamatkan Malaysia untuk menjadi Malaysia sebuah masyarakat majmuk bertaraf dunia, yang menegakkan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik, yang merupakan unsur yang penting untuk menetapkan semula negara kita di hala tuju yang sepatutnya seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.