Azam mempunyai masalah “pengurusan masa” memandangkan SPRM ada lebih dari sedekad untuk bertindak terhadap skandal LCS
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, telah mengatakan yang badan tersebut memerlukan lebih banyak masa untuk menyiasat projek bermasalah kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion.
Dia mengatakan dalam satu sidang media yang badan anti-rasuah tersebut memerlukan lebih banyak masa untuk memanggil lebih ramai saksi, termasuklah beberapa saksi dari luar negara.
Azam jelas sekali mempunyai masalah “pengurusan masa” memandangkan SPRM ada lebih dari sedekad untuk bertindak terhadap skandal LCS sebelum ini.
Namun, kesunyiannya terhadap persoalan berulang saya mengenai mengapa tiga tuduhan terhadap bekas pengerusi BNS, Ahmad Mohd Nor, pada bulan lepas adalah untuk perkara yang berlaku sebelum skandal LCS dan tidak berkaitan dengan skandal LCS, sebaliknya untuk projek perolehan ketenteraan yang lain, menjadi satu pengakuan yang SPRM sehingga hari ini masih belum mengambil tindakan terhadap sesiapa mengenai skandal LCS ini.
Perkara ini amatlah tidak memuaskan dan saya Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi di Jabatan Perdana Menteri akan bermesyuarat segera dan memanggil Azam Baki untuk menjelaskan mengapa SPRM gagal untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa mengenai skandal LCS ini, walaupun dia telah menerima dua laporan mengenai skandal ini – laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) projek LCS yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara ketika itu, Ambrin Buang, dan juga laporan audit forensik perolehan LCS (2011-2014) yang dijalankan oleh Alliance IFA (M) Sdn. Bhd. bagi pihak Boustead Heavy Industries Corp (BHIC) – yang kedua-duanya mengandungi pelbagai perkara yang boleh membawa kepada pertuduhan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, salah laku, dan penipuan.
Malah, Azam perlu disoal mengenai mengapa SPRM tidak bertindak lebih awal lagi memandangkan perolehan LCS ini bermula lebih dari sedekad yang lepas, ketika zaman Najib Razak masih menjadi Menteri Pertahanan dalam Kabinet Abdullah Badawi.
JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri patut bertanya secara khusus kepada Azam, sama ada SPRM telah menyoal siasat Najib mengenai skandal LCS ini.
Atau adakah JPK Agensi di Jabatan Perdana Menteri akan menjadi salah satu JPK pertama yang gagal membawa apa-apa perbezaan dalam hal ehwal tadbir urus negara?