Bolehkah Najib memohon semakan kehakiman sabitan bersalah dan hukumannya selepas menghantar petisyen pengampunan?

Bolehkah bekas Perdana Menteri, Najib Razak, memohon semakan kehakiman terhadap rayuan Mahkamah Persekutuannya mengenai kes rasuah SRC International yang melibatkan RM42 juta selepas menghantar petisyen pengampunan?

Adakah petisyen pengampunan Najib akan memberikan kesan kepada tindakannya untuk mendapatkan semakan kehakiman dari satu panel hakim baharu Mahkamah Persekutuan mengenai penolakan rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan dan/atau adakah permohonan semakan kehakiman ini akan memberikan kesan terhadap petisyen pengampunannya?

Dengan dua tindakan Najib ini, persoalan undang-undang ini perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri