Adakah Ismail Sabri mempunyai jawapan kepada persoalan Mahathir yang bertanya mengapa tiada tindakan diambil terhadap bekas Peguam Negara Apandi yang bersubahat dalam skandal 1MDB
Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri, mengatakan dalam ucapannya baru-baru ini di Bagan Datuk yang dia telah mengarahkan Peguam Negara, Idrus Harun, untuk mengambil tindakan terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, di bawah peruntukan Akta Rahsia Rasmi dan undang-undang lain dan bahawa dia telah menyahrahsia laporan siasatan terhadap buku Thomas yang bertajuk, “My Story: Justice in the Wilderness”, supaya laporan ini dapat digunakan sebagai “peluru” politik untuk menyerang Pakatan Harapan.
Seminggu kemudian, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, telah mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap bekas Peguam Negara, Apandi Ali, kerana bersubahat dalam skandal 1MDB memandangkan semasa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Apandi Ali telah kalah saman malunya (23 Mei 2022) terhadap saya.
Mahathir mengatakan, sangat pelik sehingga hari ini masih tidak ada siasatan atau tindakan yang telah diambil terhadap Apandi.
Mahathir mengatakan: “Apandi membuat kesilapan apabila dia menjadi peguam negara sebelum Tommy Thomas. Kesilapan dalam melepaskan (bekas PM) Najib (Abdul Razak) dari sebarang tindakan undang-undang yang jelas menunjukkan Apandi terlibat dalam menutup skandal 1MDB, memandangkan Najib kini berada dalam penjara.”
Apakah respon Ismail Sabri terhadap pertanyaan Mahathir ini?
Mahathir merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi oleh Hakim Azimah Omar yang menolak saman malu bekas peguam negara tersebut terhadap saya.
Hakim Azimah memutuskan yang Apandi, antaranya, adalah seseorang yang tidak bercakap benar.
Mahathir mengatakan, dalam penghakimannya, hakim turut menzahirkan rasa jijik mahkamah dengan kenyataan Apandi yang bertentangan, mengelak-elak, dan penuh penipuan.
Kini Ismail Sabri perlu menjelaskan mengapa para pemimpin UMNO, di dalam dan di luar kerajaan, masih cuba untuk menafikan dan menutup skandal 1MDB yang digambarkan sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” oleh Peguam Negara AS.