Hadi mencemarkan nama Islam dengan menyebarkan penipuan dan fitnah, bertindak seakan-akan sumpah-sumpah dan bertentangan dengan perkembangan arus perdana Islam
Presiden PAS, Hadi Awang, mencemarkan nama Islam dengan menyebarkan penipuan dan fitnah – bertindak seakan-akan sumpah-sumpah, dan bertentangan dengan perkembangan arus perdana Islam.
Seperti yang dikatakan pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, semalam, Hadi sedar yang DAP bukanlah komunis atau pro-komunis.
Bilakah Hadi mendapati yang DAP ini komunis atau pro-komunis?
Hadi, Anwar, dan saya telah menandatangani persefahaman pembentukan Pakatan Rakyat, yang merupakan gabungan PAS, PKR, dan DAP pada tahun 2008, namun Pakatan Rakyat berakhir selepas Muktamar PAS pada bulan Jun 2015, apabila para pemimpin PAS di bawah Hadi memilih untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Bilakah DAP menjadi komunis atau pro-komunis? Adakah sebelum 2008 dan selepas 2015, atau adakah DAP ini komunis atau pro-komunis sepanjang bersama Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015?
Hadi mendakwa yang dia tahu lebih banyak mengenai DAP berbanding dengan Cawangan Khas, yang terkenal di seluruh dunia atas kemenangan Malaysia melawan pihak komunis.
Saya pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi baik pimpinan DAP mahupun saya pernah dituduh sebagai “komunis” atau “pro-komunis”.
Adakah Hadi mempunyai maklumat yang tidak dimiliki oleh Cawangan Khas yang mengatakan DAP ini “komunis” atau “pro-komunis”?
Hadi mencemarkan nama Islam apabila dia mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal seperti: “Kita (PAS) tidak suka DAP kerana mereka komunis. Tetapi semasa kita bekerjasama dengan DAP, tidak mengapa. Apabila kita bekerjasama dengan Bersatu dan UMNO, DAP menjadi komunis semula,”
Semasa DAP bekerjasama dengan Nik Aziz dan Fadzil Noor, adakah DAP komunis atau pro-komunis?
Namun, sekadar mencemarkan nama Islam kelihatan tidak memadai untuk Hadi, kerana dia telah mendakwa sekarang yang dialah perancang di sebalik konspirasi Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.
Dia mengatakan yang kerajaan Pakatan Harapan cuba untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom akibat tekanan DAP dan mendekati Muhyiddin Yassin dari Bersatu untuk mencuba membawa pertukaran kerajaan yang akhirnya membawa kepada konspirasi Langkah Sheraton.
Namun, masalah besar dalam cerita Hadi ini adalah; para pimpinan DAP langsung tidak tahu apa-apa mengenai cadangan ratifikasi ICERD dan Statut Rom ini, walaupun perkara ini akhirnya sering disalahkan kepada DAP. Muhyiddin patut tahu perkara ini melainkan dia juga sudah menjadi seorang penipu seperti Hadi.
Tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang memegang mana-mana portfolio berkenaan ratifikasi ICERD dan Statut Rom, dan saya terkejut, seperti mana orang lain juga, apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2018 dan membuat pengumuman mengenai ratifikasi perjanjian-perjanjian PBB ini.
Kerana inilah saya telah berkali-kali meminta Menteri Luar Negeri ketika itu, Saifuddin Abdullah, untuk menyatakan yang kekecohan mengenai ratifikasi pada tahun 2018 ini adalah hasil kerjanya sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan DAP.
Hadi kelihatan seakan-akan tidak sedar bahawa 99 peratus dari dunia Islam yang merangkumi 1.9 billion orang penduduk dunia tinggal dalam negara yang telah meratifikasi ICERD, memandangkan 55 dari 57 negara OIC telah pun meratifikasi perjanjian ini.
Adakah ini sebabnya Hadi, walaupun menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, diharamkan dari ke Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah yang lain?
Hadi telah memberikan notis, bahawa dia akan menjadi pemain utama politik toksik penuh penipuan, fitnah, dan sentimen perkauman dan keagamaan dalam PRU15, yang berusaha untuk memusnahkan fabrik masyarakat majmuk di Malaysia yang terbentuk dari pelbagai latar belakang kaum, agama, bahasa, dan budaya.
Kita tidak boleh membiarkan pelampau politik penipuan, kebencian, perkauman, dan keagamaan untuk berjaya.