Seruan kepada pengundi Sarawak untuk menjadi Hakim Pao dalam PRU15 untuk menghantar mereka yang korup ke penjara dan membebaskan mereka yang tidak bersalah
Presiden Barisan Nasional dan UMNO, Zahid Hamidi, telah membuat satu kenyataan yang sudah tular di Perhimpunan MIC pada hari yang sama Parlimen dibubarkan – pada 10 Oktober 2022, dia mengatakan:
“Calon dari MIC, UMNO, MCA, dan PBRS perlu menang dengan dominan. Pilihan Raya ini adalah ibu kepada semua pilihan raya. Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada pilihan raya yang lepas.
“Bukan saya saja kena charge, Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), you are in the waiting list. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) don’t laugh… you are also included. What more Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC dan menteri sumber manusia).
“(Presiden MCA dan menteri pengangkutan Wee) Ka Siong? They won’t forget you. You’ll be charged as well. (Menteri pertahanan) Hisham you don’t smile…
“Bagi mengelakkan ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini saudara dan saudari,”
Saya percaya yang sejumlah besar rakyat Malaysia yang berfikir tidak boleh bersetuju dengan Zahid dalam mengatakan yang Pilihan Raya Umum ke-15 adalah untuk melindungi para pemimpin UMNO dan BN dari dihantar ke penjara atas kesalahan rasuah mereka.
Perdana Menteri kelima, Abdullah Badawi, pernah bercakap mengenai keperluan untuk adanya Hakim Pao di Malaysia untuk melawan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi perkara ini tidak pernah berlaku.
Saya menyeru kepada para pengundi di Sarawak untuk menjadi Hakim Pao dalam Pilihan Raya Umum ke-15 untuk menghantar mereka yang korup ke penjara dan membebaskan mereka yang tidak bersalah.
Perkara ini amatlah penting kerana rasuah kini terlalu berleluasa dalam enam dekad sejarah negara.
Kita tidak mahu negara kita terus ditinggalkan di belakang China, India, dan Indonesia dalam perjuangan menentang rasuah dan usaha untuk mempunyai kerajaan yang jujur dan tidak korup.