Bolehkah seorang Perdana Menteri sementara memecat mana-mana Menteri sementara dari Kabinet sementaranya?
Perdana Menteri, Ismail Sabri, telah menimbulkan satu persoalan yang menarik untuk rakyat Malaysia: Bolehkah seorang Perdana Menteri sementara memecat mana-mana Menteri sementara dari Kabinet sementaranya?
Perkara ini berbangkit selepas Ismail mengatakan yang dia sepatutnya memecat 12 orang menteri dari Perikatan Nasional (PN) mengenai surat mereka kepada Yang di Pertuan Agong untuk membantah pembubaran Parlimen di mana menteri tugas khas sementara, Dr Abdul Latiff Ahmad kemudian menjawab: “Kami masih lagi ahli kabinet sementara. Belum terlambat untuk dipecat. Mungkin Perdana Menteri kesembilan boleh mencipta sejarah dengan memecat ahli kabinet dalam masa ‘kecederaan’.”
Sebagai respons, Ismail mengatakan yang dia hanya bergurau apabila mengatakan perkara tersebut dan Latiff pastinya telah pun dipecat sekiranya dia serius, mengatakan: “Memandangkan dia masih berada dalam Kabinet (sementara) dan masih belum dipecat, maknanya saya bergurau sahaja.”
Tetapi, bolehkah seorang Perdana Menteri sementara memecat Menteri sementara dari Kabinet sementaranya?
Tempoh khidmat terpendek Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri telah mewujudkan satu lagi persoalan baharu – sama ada Perdana Menteri boleh menasihati Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tanpa mendapatkan mandat daripada Kabinetnya untuk berbuat demikian.
Latiff mengatakan yang Ismail “tidak pernah meminta mandat” dari Kabinet mengenai tarikh pembubaran.
Dia mendakwa yang Ismail tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan seorang menteri kanan pada 7 Oktober mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
Ismail pada mulanya mengatakan yang dia tidak menyalahkan menteri-menterinya kerana menandatangani surat tersebut kerana mereka hanya menuruti perintah Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.
Persoalan perlembagaan ini dirumuskan dengan baik oleh penulis Kim Quek, yang menulis:
“Tidak ada apa-apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri setakat ini yang telah menidakkan sifat tidak berperlembagaan nasihat yang diberikannya kepada Yang di Pertuan untuk membubarkan Parlimen yang tidak mendapat kelulusan mahupun diketahui oleh Kabinetnya. Maka pembubaran Parlimen ini kekal tidak selari dengan undang-undang dan tidak sah.
“Mengenai pendiriannya yang mengatakan Agong mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, pendirian ini bertentangan dengan Perkara 40(1), 40(1A), dan 40(2), yang dibaca bersama, tidak memberikan Agong budi bicara sebegini.”
Tempoh khidmat terpendek Ismail sebagai Perdana Menteri mungkin telah mencipta sejumlah terbesar persoalan mengenai perlembagaan berbanding dengan mana-mana Perdana Menteri yang lain sebelumnya.