Adakah PRU15 akan bertumpu kepada membebaskan Najib dari penjara atau membebaskan rakyat Malaysia dari kemiskinan, exploitasi, ketidaksamaan, dan ketidakadilan dan meletakkan Malaysia di tempatnya untuk menjadi sebuah negara hebat majmuk bertaraf dunia?
Semalam, sebuah parti Barisan nasional telah dikatakan sebagai berazam untuk membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak dari pemenjaraan.
Walaupun presiden parti yang berkenaan telah mengeluarkan penafian, tidak ada sebarang ragu-ragu bahawa cita-cita ini adalah salah satu objektif tersurat atau tersirat UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Di Singapura, pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap bekas timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) BSI Bank Ltd, Cawangan Singapura (BSIS) atas peranannya yang menyebabkan kegagalan bank tersebut untuk melaporkan transaksi meragukan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Raj Sriram, yang juga merupakan bekas pengerusi cabang Perbankan Peribadi BSIS diberikan amaran bersyarat 24 bulan dari jabatan hal ehwal komersial pihak Polis Singapura dan perintah larangan (PO) selama 10 tahun dari Monetary Authority of Singapore (MAS).
“BSIS, di man Sriram merupakan timbalan CEO dan ketua perbankan peribadi, merupakan salah satu saluran utama dana tercemar dari 1MDB,” kata timbalan pengarah urusan (pengawasan kewangan) MAS, Ho Hern Shin.
MAS menarik semula lesen BSIS pada bulan Mei 2016 kerana pelanggaran syarat-syarat anti pengubahan wang haram/pendanaan keganasan yang serius dan berulang.
Sekurang-kurangnya 10 negara di seluruh dunia telah mengambil tindakan terhadap skandal 1MDB tetapi penting untuk diingati yang tiada pemimpin UMNO atau parti-parti lain Barisan Nasional yang pernah mengutuk skandal 1MDB, sama ada sekarang atau dalam dekad yang lepas, sementara salah satu cita-cita tersurat atau tersirat UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU15 adalah untuk membebaskan Najib Razak dan protagonis-protagonis lain dalam skandal 1MDB dari liabiliti jenayah mereka.
UMNO mahupun parti-parti Barisan Nasional tidak peduli yang Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah kleptokrasi akibat skandal 1MDB.
Persoalan penting yang mesti ditanyakan oleh rakyat Malaysia adalah sama ada PRU15 ini satu usaha untuk membebaskan Najib dari penjara, atau untuk membebaskan rakyat Malaysia dari kemiskinan, eksploitasi, ketidaksamaan, dan ketidakadilan, dan juga untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia?
PRU15 akan menentukan siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Pengerusi Pakatan Harapan yang merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, telah membuat seruan kepada para pengundi untuk memilih untuk membetulkan “kerosakan” yang ditinggalkan selepas 65 tahun pembinaan negara, menuntut semula negara kita dari dua kerajaan “pintu belakang”, dan berjuang demi sebuah masa hadapan yang mampan dan makmur yang menunjukkan sikap peduli dan ihsan kepada semua rakyatnya.
Perdana Menteri, Ismail Sabri, tidak bercakap benar apabila dia mendakwa dalam siaran langsungnya semalam yang negara kita diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia Tenggara dalam menguruskan pandemik Covid-19.
Bagaimanakah dia boleh membuat dakwaan sebegini sedangkan kita mencatatkan kadar kematian per sejuta penduduk yang paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN – malah kita mencatatkan hampir dua kali ganda kadar kematian per sejuta penduduk berbanding dengan negara di tempat kedua, seperti berikut: 1. Malaysia 1,097 2. Indonesia 567 3. Filipina 563 4. Brunei 505 5. Thailand 468 6. Vietnam 436 7. Myanmar 352 8. Singapura 275 9. Kemboja 178 10. Laos 101
Adakah Malaysia akan mendapat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Perdana Menteri ke-10 negara? Adakah Najib Razak akan kembali sebagai Perdana Menteri ke-11?
Sekiranya rakyat Malaysia mahu melihat negara kita terus dihina di seluruh dunia yang sebelum ini telah melihat kita sebagai sebuah kleptokrasi dengan Najib sebagai seorang perompak, undilah UMNO, Barisan Nasional, Zahid, dan Najib.
Sekiranya kita mahu Malaysia untuk kembali semula kepada prinsip dan dasar asas pembinaan negara yang telah disabotaj melalui konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan sah, dan kemudiannya membawa masuk dua kerajaan “pintu belakang”, undilah Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
PRU15 ini akan menjadi ujian sama ada kita peduli dengan nasib Malaysia dan generasi masa hadapan, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, supaya Malaysia dapat berdiri bangga menjelang ulang tahun ke-100 negara sebagai sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia.
Rakyat Malaysia perlu terus berstamina, cekal tabah, dan mempunyai matlamat untuk meneruskan kerja jangka panjang yang masih belum selesai untuk mewujudkan Malaysia yang dapat memenuhi Impian Malaysia, dan memenuhi cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.