Bilakah Najib akan memberikan kenyataan yang jelas dan menyeluruh mengenai hubungannya dengan Jho Low, yang merupakan seorang lagi dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB?

Empat perkembangan baru-baru ini telah menunjukkan hubungan istimewa di antara dua dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB, iaitu:

  1. Keterangan bekas pengarah urusan Ambank, Cheah Tek Kuang, yang mengatakan Jho Low turut bersama dalam konvoi yang membawa dia ke kediaman Najib Razak pada tahun 2011, dan Jho Low ada hadir di kediaman Najib semasa borang pembukaan akaun Ambank ditandatangani.
  2. Kenyataan dari dua orang wartawan-penulis yang menulis buku mengenai skandal 1MDB yang bertajuk, “Billion Dollar Whale” bahawa tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang telah meminta China untuk mengembalikan penjenayah dalam larian, Jho Taek Low, walaupun selepas dilaporkan.
  3. Berita bahawa Jho Low tidak ada dalam senarai Notis Merah Interpol; dan
  4. Keinginan Najib, walaupun sebagai seorang banduan yang bersalah atas kesalahan rasuah, untuk melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Sekiranya Najib ingin menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sehinggalah dia hilang kelayakannya sebagai seorang Ahli Parlimen, dia patut memberikan kenyataan yang jelas dan menyeluruh mengenai sejarah hubungannya dengan Jho Low, yang merupakan seorang lagi dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB, dan beritahu kepada semua rakyat Malaysia sama ada Jho Low yang mempergunakan Najib atau Najib yang mempergunakan Jho Low.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri