Semasa menghadap Yang di Pertuan Agong, Perdana Menteri Ismail Sabri tidak patut membangkitkan isu pembubaran Parlimen melainkan jika dia sudah mendapat persetujuan Kabinet untuk pembubaran ini terutamanya memandangkan Menteri dalam Kabinet gabungannya sudah pun mengumumkan pendirian mereka secara terbuka
Semasa menghadap Yang di Pertuan Agong, Perdana Menteri Ismail Sabri tidak patut membangkitkan isu pembubaran Parlimen melainkan jika dia sudah mendapat persetujuan Kabinet untuk pembubaran ini terutamanya memandangkan Menteri dalam Kabinet gabungannya sudah pun mengumumkan pendirian mereka secara terbuka.
Perkara ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pendirian Ismail yang mengatakan Perdana Menteri boleh memutuskan sendiri tanpa merujuk kepada Kabinetnya mengenai bila Parlimen boleh dibubarkan adalah tidak beberapa tepat, terutamanya memandangkan Malaysia kini berada dalam era politik gabungan dan hari di mana hegemoni politik satu parti politik ke atas parti-parti lain sudah pun tamat.
Ismail Sabri perlu memimpin negara ke dalam sebuah era politik gabungan baharu, dan bukannya bertindak seperti dinosaur politik yang tidak sedar mengenai perubahan politik yang sedang berlaku di sekelilingnya.