Ismail Sabri akan dikira sebagai bersalah menghina Parlimen dengan membiarkan Parlimen membahaskan RUU yang tidak akan menjadi undang-undang akibat pembubaran Parlimen
Saya menerima satu mesej hari ini yang berbunyi:
“Sumber terkini: 6 Oktober Parlimen dibubarkan; 5 November PRU.”
Semalam, seorang Ahli Parlimen PKR bertanya kepada saya di parlimen sama ada Parlimen akan dibubarkan.
Yang di Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, tepat apabila dia mengatakan yang dia tidak patut masuk campur dengan keputusan Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengenai pembubaran Parlimen dan permintaan pembubaran Parlimen. Tetapi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab tidak patut dilihat bersalah menghina Parlimen dengan membiarkan rang undang-undang (RUU) dibahaskan dan diluluskan di Parlimen tanpa menjadi undang-undang kerana pembubaran Parlimen.
Semalam misalnya, lima rang undang-undang telah diluluskan, tetapi rang undang-undang ini akan terluput sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum RUU ini diluluskan di Dewan Negara, diberikan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, dan diwartakan.
Seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab tidak patut dengan sengaja menghina Parlimen dengan membuat Dewan Rakyat membahas dan meluluskan RUU yang tidak menjadi undang-undang akibat pembubaran Parlimen.
Speaker patut mengetuai kumpulan pemimpin parti-parti politik yang diwakili di Parlimen untuk memastikan Perdana Menteri tidak melakukan penghinaan parlimen sebegini.