Sekiranya Najib dapat menghadiri Parlimen dari penjara, Kementerian Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa 11 Ahli Parlimen DAP disekat dari menghadiri Parlimen semasa dalam tahanan ISA semasa Operasi Lalang
Sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak, boleh hadir ke Parlimen semasa dipenjarakan, Kementerian Dalam Negeri perlulah memberikan penjelasan mengapa 11 orang Ahli Parlimen DAP dihalang dari menghadiri sidang Parlimen semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah Operasi Lalang.
Pada mulanya, sebelas orang Ahli Parlimen DAP ditahan di bawah ISA semasa Operasi Lalang, kemudian lima orang Ahli Parlimen ini ditahan secara secara rasmi selepas penahanan 60 hari, mereka adalah Lim Kit Siang, Karpal Singh, P. Patto, Tan Seng Giaw, dan Lim Guan Eng.
11 Ahli Parlimen yang mulanya ditahan pada bulan Oktober 1987 tidak dapat menghadiri sidang Parlimen untuk Belanjawan 1987, manakala lima lagi yang ditahan secara rasmi selepas tempoh penahanan 60 hari di Pusat Tahanan Kamunting pula terlepas dari menghadiri dari dua ke lima sidang Parlimen.
Saya dan Guan Eng tidak dapat menghadiri lima sidang Parlimen dari 27 Oktober 1987 sehingga 19 Jun 1989 memandangkan kami hanya dibebaskan pada April 1989.
Tambahan lagi, semasa Guan Eng ditahan selama setahun di bawah Akta Hasutan pada tahun 1998, dia tidak dibenarkan untuk hadir ke Parlimen.
Mengapakah kini terdapat desakan untuk pertimbangan khas untuk Najib yang berada di penjara atas kesalahan rasuah?