Pengajaran yang bukan sahaja untuk sebuah keluarga hebat, tetapi untuk membina Malaysia hebat!
Hari ini adalah hari yang istimewa, di mana Clint Lim dan Eileen Tan mengikat tali perkahwinan dan memulakan perjalanan bersama dalam hidup mereka.
Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua dalam semua perkara dan saya ingin berikan tiga pengajaran untuk menjadi panduan hidup.
Dua pengajaran pertama datang daripada tokoh hebat yang secara tidak sedar telah memberikan kesan kepada hidup saya.
Pertama, kisah general Yue Fei, yang mana ibunya telah mencacah empat perkataan, jìn zhōng bào guó 盡忠報國 (berkhidmat untuk negara dengan penuh kesetiaan), tetapi negara di sini merujuk kepada Malaysia dan bukannya China.
Kedua, kisah Wen Tianxiang dan kata-kata agungnya,
人生自古誰無死 留取丹心照汗青。
(Manusia, sejak dari awal zaman, semuanya telah menemui kematian;) (Tinggalkan hati keramat kita dalam naskhah sejarah)
Ketiga, kata-kata bijaksana Confucius,
修身齊家治國平天下
(suburi diri, uruskan keluarga, tadbir negara, amankan dunia)
Saya berikan tiga pengajaran ini kepada pasangan baharu sebagai bekalan untuk mereka menempuhi kehidupan baru yang penuh makna.
Malah, tiga pengajaran ini juga mempunyai nilai dalam hal ehwal negara, dan boleh menjadi asas yang baik untuk sebuah negara yang hebat.
Kita sambut pencapaian politik di Malaysia dalam beberapa hari yang lepas, dan kini kita harapkan tiga pengajaran ini dapat menyumbang kepada usaha untuk menjadikan Malaysia hebat.