Malaysia memerlukan seorang pemimpin baharu yang boleh memimpin negara kita ke arah menjadi lebih tersohor di mata dunia, bukan seperti apa yang berlaku apabila kita dikenali sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” baru-baru ini
Malaysia telah ketinggalan di belakang jangkaan kita semasa pembentukan Malaysia, daripada untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia kepada menjadi sebuah negara yang biasa-biasa sahaja selepas enam dekad, dan kini berada dalam bahaya untuk menjadi negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara dalam empat dekad dari sekarang.
Malaysia memerlukan seorang pemimpin baharu yang boleh memimpin negara kita ke arah menjadi lebih tersohor di mata dunia, bukan seperti apa yang berlaku apabila kita dikenali sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk” baru-baru ini.
Pemimpin yang pernah terkait dengan kemunduran Malaysia dari sebuah negara yang bertaraf dunia kepada sebuah negara biasa dalam sedekad atau dua patut memberikan laluan kepada barisan pimpinan baharu yang mempunyai visi dan komitmen untuk menjadikan Malaysia hebat.
Kerana inilah Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang lebih baik berbanding dengan calon-calon Perdana Menteri ke-10 yang lain, kerana Pilihan Raya Umum ke-15 telah terbukti menjadi pilihan raya umum yang paling penting dan kritikal dalam sejarah Malaysia kerana ia bakal menentukan sama ada Malaysia boleh mencapai kehebatan dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia atau sama ada kita terus mundur ke belakang.
Selain daripada mengetuai gabungan politik dengan jumlah Ahli Parlimen yang paling ramai, dengan sokongan pengundi tertinggi sebanyak 5.8 juta undi, Anwar Ibrahim mempunyai visi dan komitmen untuk Malaysia – yang berada di tempat ke-45 di dunia dari segi saiz populasi – untuk sekali lagi mencipta sejarah di persada dunia.