Seruan untuk sebuah “Gabungan Selamatkan Malaysia” yang terdiri dari semua gabungan dan parti-parti politik untuk mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi negara biasa-biasa selepas enam dekad yang berada dalam bahaya untuk menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara
Saya menyeru untuk sebuah “Gabungan Selamatkan Malaysia” yang terdiri dari semua gabungan dan parti-parti politik untuk mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi negara biasa-biasa selepas enam dekad yang berada dalam bahaya untuk menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara.
Dalam usaha keramat Menyelamatkan Malaysia untuk mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara, tidak boleh ada pihak yang cuba untuk berkecuali.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang kita sedang melalui suatu zaman yang luar biasa yang memerlukan tindakan luar biasa dari rakyat Malaysia yang patriotik untuk menyelamatkan negara kita.
Marilah kita berfikir mengenai masa hadapan negara dan bukannya hanya memikirkan masa hadapan sendiri, sama ada masa hadapan parti politik, gabungan politik, atau diri sendiri, dan kerana inilah tidak boleh ada mana-mana rakyat Malaysia yang patriotik untuk mengambil sikap berkecuali dari misi keramat ini.
Marilah kita utamakan masa hadapan Malaysia berbanding dengan apa-apa perkara lain, termasuklah berbanding dengan masa lalu.
Marilah kita semua, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, dari semua gabungan politik dan semua parti-parti politik, di dalam dan di luar Parlimen, bekerjasama dengan satu misi dan matlamat bersama – untuk menjadikan Malaysia hebat dan memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.
Perkara ini bukanlah usaha untuk seorang Perdana Menteri atau usaha yang dapat dicapai dalam satu kitaran pilihan raya, sebaliknya perlu menjadi misi ramai Perdana Menteri yang akan datang dan menjadi tema pilihan raya yang akan datang dan ia perlulah menjadi Impian Malaysia untuk setiap rakyat Malaysia dalam tiga ke empat dekad yang akan datang.
Marilah mulakan misi bersama ini di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim.
Marilah kita kembali kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara bangsa yang dipegang oleh empat orang Presiden UMNO yang terawal dan juga oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, Hussein Onn, Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Dr. Lim Chong Eu, dan V.T. Sambanthan.
Mari kita tunjukkan kepada dunia yang kita mampu untuk mencapai “keajaiban politik” sekali lagi, bukan sahaja dengan memasuki era politik gabungan dengan langkah yang tepat dan memenuhi aspirasi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”, tetapi juga untuk Malaysia menjadi salah satu dari negara hebat di dunia di mana terdapat rasuah yang minima, ekonomi yang kuat, standard pendidikan bertaraf dunia, alam sekitar yang mampan, dan Malaysia disegani di seluruh dunia, sebagai tempat pertemuan empat tamadun hebat – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.