Anwar Ibrahim sebagai ketua blok Ahli Parlimen terbesar selepas PRU15 patut diberikan peluang pertama untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebelum mana-mana pemimpin lain, jika tidak Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen
Anwar Ibrahim, sebagai ketua blok Ahli Parlimen terbesar selepas Pilihan Raya Umum ke-15 patut diberikan peluang pertama untuk membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebelum mana-mana pemimpin lain, jika tidak Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen.
Anwar patut diberikan satu jangka masa untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, dan sekiranya dia tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan dari sekurang-kurangnya 112 orang Ahli Parlimen, majoriti mudah, ketika ini barulah Yang di Pertuan Agong meminta mana-mana calon yang lain pula untuk cuba membentuk Kerajaan Persekutuan.
Malaysia telah ada dua Perdana Menteri “pintu belakang” dan kita tidak mahukan Perdana Menteri “pintu belakang” yang ketiga.
Kita kini sedang berada dalam era politik gabungan dan kita patut mula dengan prosedur yang berpatutan supaya Malaysia tidak dimalukan di khalayak dunia.