Pakatan Harapan boleh terus menang dan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri ke-10 sekiranya semua rakyat Malaysia keluar beramai-ramai mengundi dan mencapai 80 peratus kadar keluar mengundi pada hari Sabtu
Surat Terbuka kepada Para Pengundi Malaysia
Saya telah cuba sebaik mungkin untuk meyakinkan para pengundi Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 untuk fokus kepada satu isu: bagaimana untuk mengembalikan impian asal Malaysia, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” memandangkan Malaysia kini sudah jatuh menjadi sebuah negara yang biasa-biasa sahaja selepas enam dekad, dan kita tidak mahu Malaysia terus menjadi negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara.
Namun, politik toksik perkauman dan keagamaan dan politik toksik penipuan, fitnah, dan berita palsu telah diaktifkan sepenuhnya dalam PRU15 untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu terbesar yang di depan kita – bagaimana untuk memastikan Malaysia yang majmuk tidak gagal usaha kita untuk membina negara dan berakhir sebagai sebuah negara gagal selepas 100 tahun.
Saya telah ke lapan negeri dan merekodkan kira-kira 15,000 kilometer dalam dua minggu tempoh berkempen, dan ke mana-mana sahaja yang saya pergi, saya tidak lihat apa-apa sentimen anti Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, atau sentimen anti Islam, Buddha, Hindu, Kristian di lapangan, menunjukkan yang rakyat Malaysia sebenarnya amat bersifat toleransi dan sensitif.
Tetapi, semasa kempen pilihan raya, terdapat parti politik dan sesetengah personaliti yang mahu rakyat Malaysia untuk percaya yang orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, atau orang Islam, Buddha, Hindu, Kristian, terancam dan bakal terhapus, maka tersebarlah penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk menghidupkan gambaran palsu ini.
Mengapakah begini? Siapakah yang mengancam orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau cuba untuk menghapuskan Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian di Malaysia ini?
Saya sentiasa percaya yang Malaysia boleh menjadi sebuah negara majmuk yang hebat kerana kita berada di titik pertemuan empat tamadun hebat – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat – dan sekiranya kita dapat menggembeleng nilai-nilai terbaik dari keempat-empat tamadun ini, Malaysia boleh menjadi sebuah negara hebat, yang lebih baik berbanding mana-mana negara di Timur Tengah, China, India, atau Indonesia.
Apakah perkara yang menghalang kita dari meraih manfaat dari kedudukan strategik kita sebagai titik pertemuan empat tamadun hebat dunia ini?
Sudah tentu sekali penipuan, fitnah, dan berita palsu yang mana dalam era informasi dan media sosial, tersebar dengan amat pantas untuk mengelirukan orang awam.
Bolehkah Malaysia dibebaskan dari belenggu penipuan, fitnah, dan berita palsu?
Pakatan Harapan boleh menang dengan jelas dan Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 sekiranya rakyat Malaysia keluar mengundi secara besar-besaran dan mencapai 80% kadar keluar mengundi para hari Sabtu ini.
Inilah persoalan yang perlu dijawab kita semua pada 19 November 2022.