Sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU15, saya akan bentuk satu pejabat khas untuk mempromosikan pengembalian hak-hak Sabah dan Sarawak selari dengna peruntukan Perjanjian Malaysia 1963
Sekiranya Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, saya akan bentuk satu pejabat khas untuk mempromosikan pengembalian hak-hak Sabah dan Sarawak selari dengna peruntukan Perjanjian Malaysia 1963.
Menjadi satu perkara yang amat memalukan kepada Sabah dan Malaysia apabila Sabah yang mempunyai sebegitu banyak hasil, masih merupakan salah satu kawasan termiskin dalam Malaysia.
Kadar kemiskinan di Sabah berada dalam julat dua angka.
Setiap rakyat Sabah perlu bertanya, mengapa Sabah, sebagai salah satu wilayah yang terkaya dengan sumber asli seperti minyak, gas, balak, dan tanah yang subur, menerima nasib sebagai salah satu kawasan termiskin dalam negara enam dekad selepas Malaysia dibentuk!
Sekiranya tidak ada rasuah dan penyalagunaan kuasa, dan tadbir urus yang baik menjadi perkara biasa dalam enam dekad yang lepas, hasil-hasil kaya Sabah ini patut dapat dilihat dalam kadar kemiskinan Sabah dan Sabah patutnya menjadi wilayah terkaya dalam negara dengan kadar kemiskinan yang berada di bawah paras purata nasional.
Sebelum Malaysia dibentuk pada tahun 1963, perwakilan dari delegasi yang mewakili Sabah dan Sarawak telah melawat Semenanjung Malaysia untuk melihat kemajuan dan pembangunan infrastruktur di Semenanjung.
Rakyat Sabah dan Sarawak dijanjikan sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang sekiranya Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga akan menikmati kemajuan dan pembangunan infrastruktur seperti di Malaya.
Hampir enam dekad telah berlalu, tetapi rakyat Sabah dan Sarawak masih kekal miskin, malah tiga janji yang terpahat pada Batu Sumpah Keningau, “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah”, dan “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” telah diabaikan.
Malah, Lebuhraya Pan-Borneo yang sering disebut-sebut juga masih belum siap selepas 60 tahun pembentukan Malaysia.
Hanya satu perkara yang Sabah berjaya saingi Kerajaan Persekutuan — rasuah berleluasa di Sabah seperti mana di Kuala Lumpur. Inilah sumpahan yang perlu dihapuskan dari Sabah.
Salah satu tugas pertama pejabat khas untuk mengembalikan hak-hak Sabah selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 adalah berkenaan dengan Batu Sumpah Keningau — untuk memastikan sejauh mana tiga janji ini telah ditepati dalam 60 tahun yang lepas.