Adakah Ismail Sabri yang “tidak bertangan dan kaki” benar-benar percaya yang dia akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO/BN menang PRU15?
Saya benar-benar kagum.
Adakah Ismail Sabri yang “tidak bertangan dan kaki” benar-benar percaya yang dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya UMNO/Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022?
Ismail mengatakan yang dakwaan yang mengatakan Zahid ingin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai hanya “kisah dongeng”.
Adakah Ismail sedang menjadi “naif” atau dia hanya bodoh?
Kenyataan terbaru dari Presiden UMNO/BN, Zahid Hamidi, yang mengatakan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong akan memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang sepatutnya sudah menamatkan harapan Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang, tetapi Ismail kelihatan seperti terus naif dan bodoh.
Adakah Ismail sedar yang menjadi “poster-boy” UMNO/BN dalam PRU15 tidak menjamin jawatan Perdana Menteri untuknya selepas pilihan raya?
Adakah Ismail sedar yang dia telah kehilangan “tangan dan kakinya” apabila Menteri-menteri UMNOnya dicantas dari bertanding sebagai calon parlimen oleh Zahid dan pimpinan UMNO?
Atau adakah kita mempunyai seorang Perdana Menteri tanpa kaki dan tangan yang tidak sedar dia sudah tidak ada kaki dan tangan kerana ia sudah dipotong sejak sebelum Hari Penamaan Calon lagi?
Perkara ini akan menjadi salah satu tragedi terhebat Malaysia.