Adakah Presiden PAS Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria akan mencontohi Jamal Abdillah untuk memohon maaf kepada DAP selepas menyebarkan penipuan dan fitnah

Adakah Presiden PAS Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria akan mencontohi tauladan penyanyi terkenal, Jamal Abdilla, yang memohon maaf kepada DAP selepas menyebarkan penipuan dan fitnah mengenai DAP?

Semalam, Jamal membuat permohonan maaf terbuka atas seruannya baru-baru ini di Twitter untuk menolak DAP berhubungan dengan penipuan dan fitnah tentang azan dan sekolah tahfiz di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP.

Dalam video Twitter selama dua minit yang dimuat naiknya semalam, Jamal mengatakan: “Kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti video saya, saya dengan rendah diri memohon maaf mengenai apa yang saya katakan dalam video sebelum ini. Apa yang saya katakan itu adalah “putar belit” politik dan saya mengesali perbuatan saya berkata perkara sebegitu terhadap DAP dan PH.

“Kepada DAP dan PH, saya mohon maaf sejujurnya terhadap apa yang saya telah katakan sebelum.”

Jamal yang berusia 63 tahun mengatakan yang kenyataannya terhadap DAP dan PH ini berasaskan kepada khabar angin yang telah tular di media sosial semasa dua pilihan raya umum yang lepas.

“Saya bukan seorang ahli politik dan saya bentuk pandangan saya dari perbualan dengan rakan-rakan yang cenderung dengan politik. Saya kesali video tersebut dan saya biar para pengundi di Malaysia, yang merupakan peminat saya, untuk membuat keputusan mereka sendiri.”

Dalam videonya sebelum ini, Jamal menggesa para pengundi untuk menolak DAP dan PH, dan mengatakan sekolah tahfiz kini berada dalam “bahaya” ditutup dan mungkin akan ada sekatan terhadap azan sekiranya PH membentuk kerajaan.

Adakah Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak boleh menunjukkan sikap jujur dan rendah diri seperti yang ditunjukkan Jamal?

Saya telah mengatakan bahawa menjadi satu perkara yang amat menyedihkan melihat Presiden PAS, Hadi Awang, bertindak seperti seorang yang jahil menuduh DAP sebagai komunis dan bertambah menyedihkan apabila Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, juga turut serta mengulangi fitnah Hadi.

Saya telah berkecimpung dalam arena politik Malaysia selama 57 tahun, dan sepanjang enam dekad, saya tidak tahu pula bahawa saya seorang komunis. Apatah lagi, Cawangan Khas PDRM yang terkenal dengan reputasi memenangi perang melawan komunis juga tidak tahu bahawa saya seorang komunis.

Hanya Hadi yang tahu!

Ini adalah satu rekod yang hebat. Sama ada Hadi adalah seorang yang amat jahil atau pun mungkin dia patut dilantik menjadi Ketua Cawangan Khas di Malaysia untuk menghalau keluar mana-mana komunis yang tidak tahu bahawa mereka adalah komunis selama 57 tahun yang lepas.

Saya pastinya sudah mencipta sejarah dunia apabila saya bergiat aktif dalam politik di Malaysia selama 57 tahun tanpa mengetahui yang saya ini kononnya komunis.

Adakah saya seorang ahli parlimen komunis untuk bandar Melaka selama tiga penggal, satu penggal di Petaling, Selangor, tiga penggal di Tanjong di Pulau Pinang, dua penggal di Ipoh Timor di Perak dan satu penggal di Gelang Patah dan satu penggal di Iskandar Puteri di Johor?

Saya bukan sahaja merupakan seorang Ahli Parlimen, tetapi saya juga menjadi Ketua Pembangkang untuk selama kira-kira 30 tahun dari tahun 70-an.

Adakah Malaysia mempunyai seorang komunis sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selama 30 tahun?

Bagaimanakah pihak Cawangan Khas tidak tahu mengenai perkara ini dan mengapakah PAS bekerjasama dengan komunis pada masa lepas?

Hadi perlu nyatakan bila dia menemui “maklumat” yang saya ini komunis dan mengapa dia tidak memberikan “maklumat” ini kepada Cawangan Khas.

Jelas sekali, Hadi mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun di dunia ini.

Saya tidak tahu sama ada pemimpin PAS yang lain akan turut serta mengulangi kenyataan sampah Hadi yang mengatakan pemimpin DAP sebagai komunis.

Pada pilihan raya umum 2018, DAP memperoleh lebih dua juta undi di Malaysia Adakah terdapat dua juta orang komunis di Malaysia?

Cawangan Khas di Malaysia perlu melawat Hadi untuk memutuskan sama ada mereka perlu melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari dua juta orang komunis di Malaysia.

Hadi adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang dilarang masuk ke Arab Saudi. Mengapa Hadi tidak memberitahu Cawangan Khas bahawa pemimpin DAP adalah komunis dan terdapat dua juta orang komunis di Malaysia?

Lim Kit Siang Veteran DAP