Amat menyedihkan melihat bukan sahaja Presiden PAS, Hadi Awang, yang jahil menuduh DAP sebagai komunis tetapi pemimpin PAS seperti Razman Zakaria juga turut serta mengulangi fitnah Hadi
Amat menyedihkan melihat bukan sahaja Presiden PAS, Hadi Awang, yang jahil menuduh DAP sebagai komunis tetapi pemimpin PAS seperti Razman Zakaria juga turut serta mengulangi fitnah Hadi.
Saya telah berkecimpung dalam arena politik Malaysia selama 57 tahun, dan sepanjang enam dekad, saya tidak tahu pula bahawa saya seorang komunis. Apatah lagi, Cawangan Khas PDRM yang terkenal dengan reputasi memenangi perang melawan komunis juga tidak tahu bahawa saya seorang komunis.
Hanya Hadi yang tahu!
Ini adalah satu rekod yang hebat. Sama ada Hadi adalah seorang yang amat jahil atau pun mungkin dia patut dilantik menjadi Ketua Cawangan Khas di Malaysia untuk menghalau keluar mana-mana komunis yang tidak tahu bahawa mereka adalah komunis selama 57 tahun yang lepas.
Saya pastinya sudah mencipta sejarah dunia apabila saya bergiat aktif dalam politik di Malaysia selama 57 tahun tanpa mengetahui yang saya ini kononnya komunis.
Adakah saya seorang ahli parlimen komunis untuk bandar Melaka selama tiga penggal, satu penggal di Petaling, Selangor, tiga penggal di Tanjong di Pulau Pinang, dua penggal di Ipoh Timor di Perak dan satu penggal di Gelang Patah dan satu penggal di Iskandar Puteri di Johor?
Jelas sekali, Hadi mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun di dunia ini.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat pemimpin PAS seperti Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak, yang lebih jahil lagi!
Saya ingin tahu siapakah lagi pemimpin PAS yang lain yang akan mengulang siar fitnah Hadi yang mengatakan bahawa pemimpin DAP adalah komunis?
Pada pilihan raya umum 2018, DAP memperoleh lebih dua juta undi di Malaysia Adakah terdapat dua juta orang komunis di Malaysia?
Ini satu lagi penemuan Hadi yang Razman ulangi tanpa semak periksa.
Cawangan Khas di Malaysia perlu melawat Hadi untuk memutuskan sama ada mereka perlu melancarkan operasi besar-besaran untuk mencari dua juta orang komunis di Malaysia.
Hadi adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang dilarang masuk ke Arab Saudi. Mengapa Hadi tidak memberitahu Cawangan Khas bahawa pemimpin DAP adalah komunis dan terdapat dua juta orang komunis di Malaysia?