Anwar adalah calon Perdana Menteri ke-10 yang paling sesuai dan terbaik untuk Malaysia – lebih baik dari Zahid, Muhyiddin, atau Hadi Awang, manakala Shafie Apdal bukan seorang calon sekalipun
Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri ke-10 yang paling sesuai dan terbaik untuk Malaysia – lebih baik dari calon-calon lain, sama ada Zahid Hamidi dari UMNO-Barisan Nasional, Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang dari Perikatan Nasional.
Dialah yang paling layak untuk menghentikan kemerosotan Malaysia – yang telah menyebabkan negara kita menjadi negara biasa-biasa kelas kedua – untuk memenuhi potensi Malaysia menjadi salah satu negara yang terbaik di dunia, sebuah negara majmuk bertaraf dunia yang merupakan titik pertemuan empat tamadun hebat dunia.
Hanya ada empat orang calon untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Walaupun gabungan pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional masih menggunakan Ismail Sabri sebagai “poster boy” mereka untuk Pilihan Raya Umum ke-15, saya tidak rasa Ismail Sabri sendiri yakin yang dia akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Zahid mahu menjadikan Malaysia sampah masyarakat di peringkat antarabangsa. Malaysia telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia dengan skandal kewangan 1MDB sebelum ini, di mana negara kita digelar sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”, walaupun di Malaysia yang diperintah UMNO-BN ketika itu, perkara ini tidak didedahkan. Malaysia akan menjadi bahan ketawa yang lebih buruk lagi apabila orang disebalik skandal 1MDB ini, Najib Razak, berjalan bebas dari Penjara Kajang tanpa menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 jutanya.
Muhyiddin pula bertanggungjawab terhadap konspirasi Langkah Sheraton yang kerajaan Pakatan Harapan yang diundi secara sah selepas hanya 22 bulan, manakala presiden PAS, Hadi Awang, pula boleh mengeluarkan penipuan dan fitnah yang langsung tidak masuk akal, seperti mengatakan DAP komunis baru-baru ini.
Adakah Hadi mengatakan pemimpin-pemimpin lepas PAS seperti Fadzil Noor dan Nik Aziz juga tidak Islamik dan bersifat komunis kerana bekerjasama dengan DAP?
Pilihan Raya Umum ke-15 ini adalah pilihan raya parlimen yang akan menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan siapa yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Walaupun Warisan akan meletakkan calon di Semenanjung Malaysia, Presidennya, Shafie Apdal, bukanlah salah seorang calon Perdana Menteri ke-10. Saya tidak persoalkan hak Warisan untuk meletakkan calon di Semenanjung walaupun calon-calon mereka di Semenanjung akan bergelut untuk tidak kehilangan deposit mereka.
Penting untuk para pengundi di Sabah faham yang pilihan raya pada 19 November 2022 ini adalah pilihan raya parlimen untuk memilih Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan memilih pihak yang membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, bukannya pilihan raya untuk memilih Ketua Menteri Sabah atau membentuk Kerajaan Negeri Sabah.
Saya menyeru setiap pengundi di Sabah untuk mengundi untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, bukan Zahid, Muhyiddin, atau Hadi, kerana hanya dia seorang sahaja calon Perdana Menteri yang memahami dan menghargai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya, yang merupakan satu aset untuk kita semua dan bukannya satu liabiliti untuk menjadikan Malaysia sebuah majmuk hebat yang bertaraf dunia.