Adakah Malaysia akan jatuh menjadi salah satu negara yang paling korup di Asia menjelang penghujung dekad ini, ditinggalkan di belakang China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, dan Filipina dalam TI CPI 2030 selepas ditinggalkan di belakang Taiwan dan Korea Selatan dalam dua dekad yang lepas?

Adakah Forum Anti-Rasuah 2022 yang diadakan minggu ini membincangkan isu-isu penting mengenai rasuah di Malaysia – sama ada Malaysia akan jatuh menjadi salah satu negara yang paling korup di Asia menjelang penghujung dekad ini, ditinggalkan di belakang China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, dan Filipina dalam TI CPI 2030 selepas ditinggalkan di belakang Taiwan dan Korea Selatan dalam dua dekad yang lepas?

Kelihatan seperti perkara ini tidak dibincangkan, ditambah buruk lagi dengan ucapan dari seorang bekas ketua hakim yang mengelirukan dan memecah belahkan – yang telah mengabaikan tiga perkara utama: skandal 1MDB, pelantikan Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya dari 1 Ogos 2016 sehingga 14 Mei 2018, dan penurunan lima mata dari 53 markah ke 48 dan penurunan 11 anak tangga dalam tempoh dua tahun untuk TI CPI 2021, dua tahun yang terburuk untuk Malaysia dalam sejarah 27 tahun penerbitan indeks ini.

Adakah Malaysia akan menyaksikan markah dan kedudukan TI CPI terburuk negara dalam indeks 2022 yang akan diterbitkan Januari hadapan?

Adakah Malaysia akan mulanya ditinggalkan di belakang China, kemudiannya India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia, dan Filipina menjelang penghujung dekad ini?

Seperti yang dikatakan oleh Manifesto Rakyat mengenai anti-rasuah: “Persepsi rakyat terhadap rasuah telah rosak teruk dalam tiga dekad yang. Menurut Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, Malaysia hanya dapat 53 markah daripada 100 pada tahun 2019, markah yang tertinggi dalam sedekad, tetapi jatuh ke 48 markah pada tahun 2021. Tindak balas sistemik yang melibatkan keseluruhan masyarakat diperlukan segera untuk mengatasi masalah ini.”

Jawatankuasa pilihan khas parlimen yang berkaitan perlu memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memberi keterangan mengenai apa yang sedang dilakukan untuk memastikan Malaysia tidak akan jatuh menjadi salah satu negara paling korup di Asia menjelang penghujung dekad ini, ditinggalkan di belakang China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam TI CPI 2030 selepas dipintas oleh Taiwan dan Korea Selatan dalam dua dekad yang lalu?

Harapan bahawa Malaysia mungkin menjadi salah satu daripada 30 negara teratas dunia dalam integriti awam menjelang 2030 di bawah kerajaan Pakatan Harapan telah dimusnahkan oleh konspirasi Langkah Sheraton pada 26 Februari 2020.

Negara telah dijanjikan bahawa di bawah rejim UMNO-BN sebelum ini pada dekad lalu bahawa Malaysia akan mencapai sasaran untuk berada dalam 30 negara teratas dunia dalam integriti awam dan anti rasuah.

Mengkaji kedudukan dan markah TI CPI negara untuk 24 tahun dari 1995-2018, tiada alasan untuk sesiapa pun percaya bahawa sasaran ini boleh dicapai.

Negara-negara yang berada di kedudukan rendah dalam TI CPI siri awal pada tahun 1995, seperti China, Thailand, India dan Indonesia, pantas mengejar tahap Malaysia, yang telah mengalami kemunduran sejak 1995.

Nasib baik, trajektori ini dihentikan apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, dan dalam TI CPI 2019, Malaysia mencapai prestasi TI CPI terbaik dalam tempoh 25 tahun dengan peningkatan enam mata dalam masa setahun dan 10 kedudukan – di tempat ke-51 dengan skor 53 daripada 100.

Kini kita kembali ke arah rasuah seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan kita masih lagi belum melihat kesan daripada episod Azam Baki sebelum ini dan juga kesan daripada kemerosotan sistem integriti awam.

Daripada rekod TI CPI semasa pemerintahan Najib dari tahun 2010 ke 2018, berkemungkinan China akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI sebelum 2030.

Perkara ini dihentikan oleh Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 kerana pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan ini menjadi suatu cabaran untuk China memintas Malaysia dalam indeks TI CPI.

Tetapi dengan konspirasi Langkah Sheraton dan dua kerajaan pintu belakang Muhyiddin dan Ismail Sabri, China mungkin akan mengatasi kedudukan Malaysia dalam kedua-dua skor TI CPI dan kedudukan menjelang 2025 kerana skor yang dicapai China sekarang ialah 45 berbanding dengan skor 48 untuk Malaysia.

Begitu juga dengan Indonesia.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan ke-96 dengan skor 38 berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-62 dan skor 48.

Senario menyedihkan di mana Indonesia memintas kedudukan Malaysia mungkin berlaku sebelum tahun 2030 jika Malaysia terus mundur dalam bidang pencegahan rasuah manakala Indonesia terus membuat kemajuan dalam bidang ini.

Kisah sedih yang sama berlaku untuk India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand dan Filipina, dan jika Malaysia tidak bangkit dalam usaha anti-rasuah, tidak dapat dibayangkan bahawa sesetengah negara Asia ini mungkin akan mengatasi Malaysia dalam TI CPI sebelum 2025!

Usaha perjuangan anti-rasuah di Malaysia ini dapat ditonjolkan lagi dengan kemungkinan buruk yang mana seorang penjenayah yang telah tersabit bersalah boleh menjadi Perdana Menteri yang ke-10 atau ke-11, yang akan menandakan pengakhiran Impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, yang lebih baik daripada China, Indonesia, atau India dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia kerana kebolehan kita untuk menggunapakai nilai-nilai yang terbaik daripada empat tamadun hebat yang bertemu di Malaysia – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri