Forum Anti-Rasuah Malaysia 2022 telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kempen anti-rasuah di Malaysia
Forum Anti-Rasuah Malaysia 2022 telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kempen anti-rasuah di Malaysia.
Bekas ketua hakim, Mohamad Raus Sharif, dalam Forum Anti-Rasuah Malaysia yang ketiga telah mengatakan pelantikan seorang ahli politik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan syak wasangka terhadap kredibiliti institusi tersebut.
MP DAP untuk Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, dengan tepat sebelum ini pernah mengkritik bekas ketua hakim ini sebagai “seorang individu yang tidak berdiri dalam realiti”.
Kegagalan terbesar SPRM adalah cara badan tersebut mengendalikan skandal “kleptokrasi terburuk” iaitu skandal 1MDB.
Semasa perbicaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak atas dakwaan penyalagunaan kuasa dalam kes SRC International pada bulan Mac 2020, seorang bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, memberikan keterangan yang dia terkejut apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun 2015 mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Perdana Menteri ketika itu atas tuduhan “pengagihan dana secara tidak jujur” yang berkaitan dengan SRC International.
Dia mengatakan di Mahkamah Tinggi yang cadangan tersebut dibuat oleh pengarah bahagian operasi khas SPRM, Bahri Mohammad Zin, dalam nota bertulisnya mengenai siasatan badan pencegahan rasuah tersebut yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara pada 31 Disember 2015.
Dzulkifli adalah seorang timbalan pendakwa raya yang ditugaskan oleh Peguam Negara ketika itu, Apandi Ali, untuk meneliti kertas siasatan SPRM yang melibatkan skandal 1MDB ini.
Adakah Raus merujuk kepada pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dari 1 Ogos 2016 sehingga 14 Mei 2018 atau adakah dia merujuk kepada pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dari 1 June 2019 sehingga 5 Mac 2020?
Ramkarpal mengatakan yang pendapat Raus ini cuba untuk mengatakan yang SPRM mempunyai keyakinan rakyat sebelum pelantikan Latheefa, dan menunjukkan yang perkara ini amat jauh sekali dari kebenaran.
Latheefa telah mendedahkan rakaman audio di antara bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad pada tahun 2016, yang dia katakan merosakkan imej suruhanjaya tersebut.
Agak mengejutkan apabila Raus tidak menyentuh mengenai perkara ini.
Apa yang lagi mengejutkan adalah ucaptama oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, di forum tersebut mengatakan yang pesalah dalam skandal 1MDB ini mesti dibawa ke muka keadilan untuk dihukum atas tindakan “jahat” mereka – sedangkan Dzulkifli selama 22 bulan memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sambil menafikan wujudnya skandal 1MDB.
Dalam ucaptamanya di forum tersebut, Azam menekankan yang masih terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum skandal 1MDB ini selesai.
“Kerjanya belum selesai. Rakyat Malaysia perlu menuntut akauntabiliti penuh terhadap setiap sen yang dilaburkan 1MDB.
“Diharapkan rakyat-rakyat yang berada di dalam bilik ini juga akan menyertai seruan untuk menuntut setiap pesalah jenayan ini untuk menerima balasan atas tindakan jahat mereka,” katanya lagi.
Kebetulan pula, Dzulkifli mengumumkan di Pulau Pinang dalam minggu ini yang dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sekiranya dimahukan rakyat.
Adakah Apandi akan menyertai Dzulkifli dalam Pilihan Raya Umum ke-15?