Muka saya akan dipaparkan di muka surat hadapan media-media cetak, sama ada The Star, New Straits Times, Berita Harian, atau Utusan sekiranya Apandi menang saman RM10 jutanya terhadap saya, tetapi laporan ini disekat apabila saya menang
Muka saya akan dipaparkan di muka surat hadapan media-media cetak, sama ada The Star, New Straits Times, Berita Harian, atau Utusan sekiranya bekas Peguam Negara, Apandi Ali, menang saman RM10 jutanya terhadap saya, tetapi laporan ini disekat apabila saya menang.
Sebelum Mei 2018, saya dianggap seperti tidak wujud kecuali untuk berita-berita yang buruk dan sekali lagi kini selepas Februari 2020 saya dianggap seperti tidak wujud kecuali hanya untuk berita-berita yang buruk.
Ini adalah petanda kepada suasana kebebasan akhbar di Malaysia, yang tidak ada kaitan dengan sama ada terdapat lebih banyak pembaca di media atas talian atau media cetak.