Akan menjadi bencana yang amat besar untuk negara sekiranya Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengangkat semula seorang kleptokrat yang telah disabitkan bersalah sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11

Akan menjadi bencana yang amat besar untuk negara sekiranya Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengangkat semula seorang kleptokrat yang telah disabitkan bersalah sebagai Perdana Menteri ke-10 atau ke-11.

Saya telah katakan sebelum ini, terdapat perkara yang amat tidak kena dengan kompas moral pengundi Johor sekiranya mereka tidak menganggap kempen “Apa Malunya BOSSku” Najib hanya sebagai sebuah sarkas sebaliknya menyokong kepulangan Najib, sebagai seorang penjenayah yang telah disabitkan bersalah, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 atau ke-11.

Malaysia akan menjadi negara pertama yang mencipta sejarah dengan mengembalikan seorang kleptokrat yang telah disabitkan bersalah sebagai Perdana Menteri.

Di negara lain, Perdana Menteri dan Presiden yang menjadi kleptokrat dibuang oleh rakyat mereka, tetapi kita kelihatan seperti mengambil satu langkah ke belakang apabila mengangkat seorang kleptokrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri.

Mahkamah rayuan telah menggambarkan skandal 1MDB Najib sebagai “perkara yang memalukan negara”. Kini, ada yang mahu mengambil satu lagi langkah dengan mengangkat orang yang “memalukan negara” ini menjadi “bencana besar untuk negara”.

Najib Razak amat aktif dalam pilihan raya negeri Johor dengan kempen “Apa Malu BOSSku” dia, di mana dia ingin rakyat Malaysia untuk tidak berasa malu dengan skandal 1MDB.

Juga mengejutkan apabila dalam proses yang sama, dia cuba untuk menyelamatkan MCA, sedangkan pemimpin MCA sendiri sudah berputus asa untuk MCA.

Najib berharap yang mereka yang tidak menyokong kempen “Apa Malu BOSSku” dia ini akan tidak hadir mengundi pada hari Sabtu kerana termakan dengan propaganda salah dan palsu mengenai 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan.

Sekiranya terdapat kadar keluar mengundi yang amat rendah pada hari Sabtu, terdapat kemungkinan yang semua calon DAP dan Pakatan Harapan mungkin kalah.

Inilah sebabnya mengapa semua pengundi perlu membuang undi kerana tidak mahu berhadapan dengan “bencana yang amat besar untuk negara” di mana Malaysia akan dikenali sebagai sebuah kleptokrasi untuk berdekad yang akan datang.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri