Tindakan Tony Pua dalam menyerang lembaga pengelola sekolah Foon Yew bersifat keterlaluan tetapi dia betul dalam mengecam Najib kerana menggunakan sekolah Foon Yew untuk mengenepikan kleptokrasinya
Ahli Parlimen DAP Damansara Tony Pua telah keterlaluan dalam menyerang lembaga pengelola sekolah Foon Yew tetapi tindakannya mengecam Najib Razak yang menggunakan Sekolah Foon Yew untuk mengenepikan kleptokrasinya itu betul.
Untuk beberapa hari yang lepas ini, saya telah katakan yang UMNO telah memaksa pilihan raya negeri Johor untuk diadakan pada 12 Mac 2022, bukan untuk melindungi nyawa dan punca pendapatan rakyat bagi membolehkan aktiviti kehidupan harian dan sektor ekonomi selepas dua tahun berhadapan dengan wabak membawa maut Covid-19, sebaliknya untuk memaksa Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan awal untuk membolehkan Najib Razak untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 atau yang ke-11.
Motif para pemimpin UMNO ini jelas. Walaupun tidak ada mana-mana pun calon UMNO untuk PRN Johor ini datang daripada “kluster mahkamah”, jelas dapat dilihat yang “kluster mahkamah” inilah yang memimpin kempen kerana mereka mahukan PRU-15 diadakan lebih awal lagi supaya mereka semua dapat mengelakkan hukuman penjara kerana jenayah rasuah yang dilakukan mereka semasa mereka berada di dalam kerajaan.
Kerana inilah, Najib Razak, seorang lagi protagonis skandal 1MDB, sedang bersungguh-sungguh berkempen dalam PRN Johor untuk menyebarkan mesej “Apa Malunya BOSSku”, menyebarkan konsep tidak bermoral di mana para pemimpin politik tidak perlu mempunyai standard moral kejujuran, ketelusan, dan akauntabiliti.
Para pengundi di Johor perlu mengambil iktibar dengan apa yang sedang berlaku di New York dalam perbicaraan jenayah pegawai bank warga Malaysia Malaysia, Roger Ng, atas tuduhan rasuah dalam skandal 1MDB yang bernilai berbillion dollar.
Untuk sekian lamanya, saya telah tertanya-tanya mengapakah bintang-bintang utama telah hadir ke parti hari jadi ke-31 seorang lagi protagonis skandal 1MDB, Jho Low – parti yang digambarkan oleh Wall Street Journal sebagai “parti yang paling liar yang pernah disaksikan (Las) Vegas”.
Jawapannya diberikan dalam perbicaraan jenayah Roger Ng di New York minggu lalu.
Jho Low membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam satu malam daripada dana 1MDB dengan mengadakan pesta ulang tahun ke-31 mewah yang dihadiri bintang utama – yang dibayar "caj selebriti" untuk hadir – Leonard DiCaprio (AS$250,000), Paris Hilton (AS$100,000), Megan Fox ($AS250,000) dan Kim Kardashian (AS$50,000).
Invois telah dikeluarkan untuk menunjukkan bahawa parti Jho Low di Las Vegas menelan kos AS$3.6 juta atau kira-kira RM10 juta dalam satu malam.
Sekiranya perbelanjaan ini datang daripada kekayaan Jho Low sendiri, ia akan menjadi perkara yang berbeza, tetapi dia membelanjakan dana 1MDB, yang perlu dibayar balik oleh rakyat Malaysia sekarang dan juga oleh generasi yang akan datang.
Roger Ng didakwa menyeleweng AS$35 juta dalam bentuk "sogokan rahsia".
Sama ada Roger bersalah atau tidak, atau dia dijadikan kambing hitam seperti yang dikemukakan oleh peguamnya di mahkamah New York, hakikatnya tiada penafian sama sekali bahawa skandal 1MDB bukanlah khayalan semata-mata yang kononnya tidak pernah wujud.
Malah, bekas Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkannya sebagai "kleptokrasi yang paling teruk".
Peguam Roger Ng telah mengakui bahawa skandal 1MDB adalah "mungkin satu-satunya rompakan terbesar dalam sejarah dunia" dan sebab itulah amat mengejutkan apabila protagonis seorang lagi dalam skandal 1MDB, Najib Razak, langsung tidak menunjukkan rasa kesal dengan skandal 1MDB dan menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi.
Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia selama 65 tahun, kita mengadakan pilihan raya di mana sebuah parti politik utama mengangkat sifat "tidak tahu malu" sebagai satu nilai moral, di mana pemimpin politiknya tidak perlu mempunyai standard moral atau rasa bersalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kleptokrasi, di mana pemimpin politik tidak dapat membezakan antara yang betul dan salah, dan membezakan antara rasuah dan salah guna kuasa dan apa yang bukan.
Adakah ini akan menjadi nasib Malaysia – jauh daripada menjadi negara hebat bertaraf dunia tetapi ditakdirkan untuk menjadi kleptokrasi, kakistokrasi dan negara gagal?
Inilah intipati pilihan raya umum negeri Johor pada 12 Mac.
Saya percaya bahawa semua tamadun dan agama besar di dunia mahu pemimpin mereka, malah rakyat mereka. untuk mempunyai standard moral dan boleh membezakan antara yang benar dan salah – mempunyai perasaan malu apabila mereka kehilangan kompas moral mereka – dan bukan untuk berakhir sebagai sebuah masyarakat di mana pemimpin politik tidak mempunyai rasa malu terhadap rasuah dan salah guna kuasa mereka.
Lembaga pengelola Foon Yew tidak harus dipersalahkan jika Najib mahu melawat Sekolah Foon Yew kerana beliau telah meluluskan pembinaan kampus sekolah di Seri Alam dan Kulai, tetapi beliau tidak sepatutnya menyalahgunakan lawatannya untuk mencuci namanya daripada sabitan jenayahnya di mahkamah dan untuk merayu kepada masyarakat Cina untuk menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya Johor.
Sekolah tidak seharusnya dialihkan daripada tugas utamanya untuk melahirkan generasi akan datang yang dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah dan untuk melahirkan generasi yang tidak kehilangan kompas moral dalam kehidupan mereka.