Perkara aneh sedang terjadi sekarang di dalam BN dan UMNO
Perkara aneh sedang terjadi sekarang di dalam Barisan Nasional dan UMNO.
Pertamanya, pendedahan mengejut ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman, mengenai suatu kumpulan pemimpin kanan yang berpengaruh dalam UMNO yang bertemu di rumahnya pada tahun 2020 dan bersetuju yang Ahmad Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan mereka merangka rancangan untuk Zahid mengundurkan diri secara baik namun Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri Najib Razak menarik diri dari rancangan ini.
Apakah versi kisah Mohamad Hasan dan Najib mengenai cubaan rampasan kuasa dalam UMNO ini pula?
Kedua, dalam keterangannya di mahkamah, Ahmad Zahid memaklumkan Mahkamah Tinggi yang tiga Ahli parlimen UMNO telah meletakkan jawatan daripada UMNO dan menyertai Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menyelamatkan diri mereka daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Adakah ada sebarang kebenaran terhadap tuduhan ini?
Bolehkah SPRM menjelaskan perkara ini atau memberikan penjelasan dalam sidang Parlimen yang akan berlangsung bulan hadapan?
Ketiga, Tajuddin juga mendakwa yang terdapat Ahli-ahli Parlimen UMNO yang telah menandatangani perakuan bersumpah menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
MIC kelihatan seperti lebih berani berbanding dengan MCA untuk bercakap mengenai perkara ini di mana Ketua Penerangan Kebangsaan MIC, R. Thinalan, telah menyeru supaya tindakan yang berpatutan diambil terhadap Ahli-ahli Parlimen UMNO yang terlibat.
Keempat, Najib bakal hadir di Konvensyen Barisan Nasional Sabah pada hari Sabtu ini untuk bercakap di satu program yang bernama “Bicara seorang negarawan”. Perkara ini – di mana seorang penjenayah yang telah disabitkan bersalah dan digambarkan sebagai seorang yang membawa malu kepada negara, yang telah dihukum penjara selama 12 tahun dengan RM210 juta denda – diundang untuk bercakap sebagai seorang “negarawan” jelas sekali bertentangan dengan prinsip kebebasan sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang!