Ledakan dalaman UMNO mengenai perkara yang benar dan salah telah mengambil empat tahun untuk terjadi
Ledakan dalaman UMNO mengenai perkara yang benar dan salah telah mengambil empat tahun untuk terjadi.
Saya telah tanyakan pada bulan lepas, tiada sesiapakah di dalam UMNO yang berani untuk mengatakan yang UMNO tidak patut cuba untuk mengembalikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri kerana tahun-tahun pemerintahan Najib yang menyaksikan Malaysia menjadi “kleptokrasi dalam bentuk terburuk” di seluruh dunia adalah bukan suatu perkara untuk dibanggakan.
Kini kelihatan seperti saya tepat dan salah.
Pendedahan oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman, bahawa sekumpulan pemimpin kanan yang berpengaruh di dalam UMNO telah berkumpul di rumahnya untuk mempersetujui suatu rancangan supaya presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mengundurkan diri dengan aman seawal 2020, tetapi Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah menarik diri dari rancangan ini.
Tajuddin mendakwa yang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini telah “digertak” oleh Zahid, yang lebih senior darinya dalam hirarki parti.
Mohamad Hasan sendiri perlu menjelaskan mengapa dia menarik diri dari rancangan ini tetapi kehadiran Najib di rumah Tajuddin merupakan satu perkara yang mengejutkan, memandangkan selepas penemuan persona “Malu Apa Bossku”, dia telah bersemangat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, sama ada yang ke-10 atau ke-11.
Saya silap apabila menyiratkan bahawa tiada sesiapa sama ada di peringkat kepimpinan atau keahlian UMNO telah mengendahkan amaran Presiden UMNO keempat dan Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn pada Perhimpunan Agung UMNO 1979 bahawa Malaysia akan musnah jika pemimpinnya “tidak jujur, tidak amanah dan korup” tetapi tepat dalam mengatakan bahawa amaran sebegitu tidak akan mempengaruhi pimpinan UMNO daripada menyokong Zahid mahupun cita-cita Najib untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Perkara ini meninggalkan MCA dan MIC bersendirian.
Dalam tempoh empat tahun yang lepas sejak Pilihan Raya Umum ke-14, tiada pemimpin MCA atau MIC yang menyatakan kekesalan atau kegusaran terhadap sokongan MCA dan MIC sebelum Mei 2018 untuk skandal mega 1MDB yang melibatkan berbilion-billion dolar atau perkembangan mengejutkan di mana Malaysia disamakan dengan “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.
Malah, dalam pilihan raya umum negeri Melaka dan Johor, pemimpin dan calon MCA dan MIC bergantung kepada populariti Najib dengan persona “Malu Apa Bossku” untuk mendapatkan undi, tanpa mempedulikan nama baik Malaysia yang kini tercemar sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.
Terdapat pemimpin UMNO yang mula nampak antara perkara yang betul dan apa yang salah, namun perkara ini masih belum ditunjukkan oleh para pemimpin dan Menteri MCA dan MIC.