Mengapakah Perdana Menteri tidak menggalas pimpinan dalam perang melawan rasuah?
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kini menggalas pimpinan dalam perang melawan rasuah.
Baginda bertitah semalam yang semua agama mengecam rasuah, memandangkan rasuah adalah seperti barah yang boleh merosakkan tamadun.
Memetik Hikayat Sejarah Melayu “Sulalatus Salatin”, baginda memetik kisah bagaimana kesulatan Melaka yang berabad lamanya akhirnya dilumpuhkan kerana amalan rasuah Bendahara Maharaja.
Baginda menggesa supaya semua institusi pengajian tinggi menerapkan nilai-nilai kejujuran, kebolehpercayaan, dan integriti dalam kalangan pelajar mereka.
Baginda menitahkan penerapan nilai-nilai ini perlulah bermula di sekolah dan dipupuk dalam pendidikan peringkat tertiari.
Persoalan yang kini timbul adalah mengapa Perdana Menteri sendiri tidak menggalas pimpinan dalam usaha memerangi rasuah, dengan langsung tidak menunjukkan kerunsingan terhadap prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah di mana Malaysia berkemungkinan besar pada tahun hadapan untuk mencatatkan kedudukan dan markah yang terburuk dalam tiga dekad penerbitan tahun TI CPI sejak 1995.
Pelan Integriti Nasional (2004-2008) untuk menjadikan Malaysia dalam kalangan 30 negara terbaik dengan paling sedikit rasuah menjadi satu kegagalan menjelang 2008, dan Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan (2018-2023) juga kini kelihatan akan menjadi satu lagi kegagalan.
Apa yang lagi buruk, Kabinet Ismail Sabri tidak menunjukkan tauladan akauntabiliti, ketelusan, dan integriti awam.
Pada 27 Ogos 2021, Ismail Sabri membuat pengumuman mengenai Kabinetnya yang terdiri daripada 31 orang Menteri dan 39 orang Timbalan Menteri, namun, 10 bulan kemudian, hanya 29 orang Menteri dan 32 orang Timbalan Menteri yang telah membuat pengisytiharan harta mereka secara terbuka di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Bolehkah Ismail Sabri memberikan penjelasan mengenai perkara ini, begitu juga mengenai enam orang yang telah diberikan jawatan bertaraf menteri – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, dan empat orang Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Republik Rakyat China, Asia Timur, dan Asia Selatan – juga masih belum membuat pengisytiharan harta mereka?
Saya telah cadangkan supaya Parlimen memulakan sebuah kempen anti-rasuah baharu dalam sidang Parlimen yang akan datang bermula pada 18 Julai 2022. Adakah Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan ini?