Pemansuhan hukuman mati mandatori adalah bukti bahawa ada pembaharuan yang boleh dicapai kerajaan Ismail Sabri dalam tempoh yang singkat sebelum Pilihan Raya Umum ke-15

Pemansuhan hukuman mati mandatori telah dialu-alukan oleh pelbagai pihak sebagai langkah pertama ke arah yang tepat dan merupakan bukti yang ada pembaharuan yang boleh dicapai oleh kerajaan Ismail Sabri dalam tempoh yang singkat sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Kerana inilah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar perlu cuba menggunakan sidang Parlimen selama 14 hari di antara 18 Julai sehingga 4 Ogos 2022 sebagai satu sidang Parlimen Pembaharuan bersejarah dengan membentangkan beberapa undang-undang seperti sekatan melompat parti dan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Sidang Parlimen Julai/Ogos 2022 boleh dikatakan sebagai sidang “Parlimen Pembaharuan” sekiranya jawatankuasa pilihan khas parlimen dapat memainkan peranan yang berkesan dan bermakna dalam pembaharuan parlimen, termasuklah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen yang baru untuk melancarkan kempen anti-rasuah yang baru di Malaysia.

Perkara ini menjadi lebih penting dengan pendedahan baru-baru ini di mana bekas Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan, menerima elaun yang lebih tinggi daripada gaji rasminya untuk tidak berbuat apa-apa sebagai penasihat 1MDB.

Saya bersetuju dengan bekas Menteri Kesihatan, Dzulkelfy Ahmad, yang mengatakan “demi integriti dan untuk menjaga nama baik Suruhanjaya Penguatkuasaan Integriti Agensi (EAIC)”, sekarang adalah masa yang terbaik untuk Sidek menyerahkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi EAIC.

Akan menjadi satu langkah yang baik untuk ketelusan, akauntabiliti, dan integriti awam sekiranya Ismail Sabri dapat memberikan Kenyataan Menteri dalam sidang Parlimen Julai untuk mendedahkan kepada orang awam, gaji-gaji semua ketua-ketua syarikat berkenaan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkenaan kerajaan (GLIC), sama ada 1MDB, Petronas, Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (LTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Axiata Group Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP), Ministry of Finance Inc (MoF Inc), Maybank, Sime Darby Bhd., CIMB Group Holdings, MISC Bhd, Proton Holdings dan juga Malaysian Resources Corporation Bhd.

Pada bulan Ogos tahun lepas, kerajaan telah melancarkan Perkukuh dengan 20 inisiatif untuk menambah baik GLC dan GLIC di Malaysia, tetapi apa yang masih tidak cukup adalah usaha untuk menjadi GLC dan GLIC ini model ketelusan dan integriti awam apabila syarikat-syarikat ini dicemari dengan ahli-ahli politik – membuatkan semua orang berfikir yang GLC dan GLIC ini tidak bagus.

Saya amat runsing apabila mendapati terdapat lebih banyak kebimbangan di Indonesia berbanding Malaysia mengenai keadaan rasuah di kedua-dua negara ini.

Pada tahun 1995, apabila Transparency International (TI) pertama kali menerbitkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunannya yang pertama, Malaysia berada di kedudukan ke-23 dan mendapat markah 5.32 daripada 10 mata manakala Indonesia menduduki tempat terakhir daripada 41 negara dengan markah sebanyak 1.94 daripada 10 mata.

Dalam 24 tahun sejak dari 1995, Indonesia telah mencapai kemajuan besar dalam perang menentang rasuah manakala Malaysia telah mundur ke belakang.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan ke-96 dengan 38 daripada 100 mata berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-62 dan 48 mata.

Adakah Indonesia akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI pada penghujung dekad ini dalam masa lapan tahun, memandangkan kedudukan Malaysia dalam TI CPI 2022 dijangka lebih teruk dari segi kedudukan dan markah berbanding TI CPI 2021.

Kempen anti-rasuah baharu, pembersihan GLC dan GLIC, dan usaha untuk memastikan Malaysia tidak terus mundur dalam perang menentang rasuah dan mengelakkan kemungkinan Malaysia ditinggalkan di belakang Indonesia dalam TI CPI sebelum tahun 2030 akan menjadikan persidangan Julai/Ogos 2022 ini benar-benar bersejarah.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri