Bukan sahaja UMNO, tetapi MCA dan MIC juga berada disebalik kempen “Apa Malunya BOSSku” untuk menghidupkan semula kleptokrasi dan mengembalikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia
Semalam, satu artikel berita telah menguatkan lagi idea yang bukan sahaja UMNO, tetapi MCA dan MIC juga berada di belakang kempen “Apa Malunya BOSSku” untuk menghidupkan semula kleptokrasi dan mengembalikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini adalah satu perkara yang pastinya akan dibuat, dipersetujui, atau dibiarkan oleh empat orang Presiden terawal UMNO, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn dalam 35 tahun terawal UMNO; mahupun oleh empat Presiden terawal MCA, Tan Cheng Lock, Lim Chong Eu, Tan Siew Sin, dan Lee San Choon dalam 35 tahun terawal MCA, atau enam Presiden terawal MIC, termasuklah Devasar, Sambanthan, atau Manickavasagam dalam tiga dekad terawal MIC.
Kini, seorang ahli seumur hidup MCA memprotes tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya kerana semangat kempen “Apa Malunya BOSSku” telah berjaya menyerap masuk dan menguasai setiap peringkat pimpinan MCA seperti yang dapat dilihat dalam Pilihan Raya Negeri Johor di mana Perdana Menteri keenam secara terbuka dengan aktif berkempen untuk MCA untuk memastikan kejayaan parti tersebut dalam empat kerusi di Johor.
Bukan sahaja UMNO, tetapi MCA dan MIC juga telah kehilangan maruah dan tujuan politik dan integriti moral mereka selepas ditubuhkan selama lebih daripada setengah abad, sehingga kini dikaitkan dengan kleptokrasi yang menyebabkan Malaysia dimalukan di seluruh dunia sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”!
Inilah balasan dan penghinaan yang diberikan oleh pimpinan generasi semasa ketiga-tiga parti politik ini kepada tokoh penubuhan dan ahli-ahli parti mereka yang sebelum ini berjuang membawa Kemerdekaan kepada Malaya dan kemudiannya Malaysia!
Gaung oportunisme politik dan maksiat yang diselami parti-parti ini boleh dilihat dari serangan propaganda dan perang siber yang mereka lancarkan terhadap DAP – dengan UMNO menuduh DAP sebagai anti-Melayu, MCA menuduh DAP anti-Cina, dan MIC menuduh DAP anti-India.
DAP bukanlah sebuah parti yang anti-Melayu, anti-India, anti-Cina, anti-Kadazan, anti-Iban, atau anti-Islam, atau anti mana-mana agama. Kami adalah parti yang pertamanya adalah bersifat Malaysia dah hanya kemudiannya diikuti oleh identiti etnik, agama, atau kawasan.
Kami mahu setiap rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban, untuk melihat diri mereka sebagai pertamanya rakyat Malaysia – satu identiti yang melangkaui semua identiti etnik, agama, atau kawasan yang lain.
Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti, sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Hindu, Kristian, atau berasal dari Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, tetapi kita semua mempunyai satu identiti bersama yang menyatukan kita semua – sebagai seorang rakyat Malaysia!
Baru-baru ini, perang siber MCA telah aktif untuk menyebarkan idea yang kononnya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, telah mengatakan beliau bukan seorang Cina semasa dilantik sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mei 2018.
Ini adalah satu penyelewengan kebenaran, satu perkara yang tidak akan dibuat atau dibiarkan oleh tokoh-tokoh penubuhan UMNO, MCA, atau MIC.
Tidak ada sesiapa di Malaysia yang akan menafikan identiti etnik, agama, atau kawasan mereka. Saya tidak rasa ada sesiapa pun di Malaysia yang akan menafikan identiti Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban mereka, tetapi apa yang penting adalah sama ada mereka menerima yang mereka adalah pertamanya rakyat Malaysia sebelum identiti etnik, agama, atau kawasan mereka.
Guan Eng sedang menjawab persoalan mengenai menjadi orang Cina yang ketiga yang dilantik sebagai Menteri Kewangan, menekankan yang beliau akan mendekati tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang Menteri Kewangan untuk semua rakyat Malaysia dengan mengambil kira kepentingan semua kaum di Malaysia dan bukannya sebagai seorang Cina yang hanya mengambil kira kepentingan orang Cina di Malaysia sahaja.
Pada hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam baginda telah menggesa kerajaan dan semua pihak, tanpa mengira kepercayaan politik, untuk merangka rancangan jangka panjang untuk mengembalikan negara ke arah kemuncak kejayaan dalam era pasca pandemik.
Baginda bertitah: “Perpaduan dan kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang; adalah sebenarnya merupakan resipi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional. Ia adalah merupakan tiang kemakmuran negara dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan.”
Saya telah cadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk merangka rancangan untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke-100 negara, sama ada pada tahun 2057 atau 2063. Kita perlu berfikir untuk jangka panjang, bukan untuk beberapa tahun, tetapi untuk beberapa dekad yang mendatang.
Baginda Yang di Pertuan Agong tepat sekali dalam menitahkan yang pemulihan dan kebangkitan semula yang kita mahukan ini tidak mungkin tercapai sekiranya rakyat terus berpecah belah dan gagal untuk mewujudkan kestabilan di dalam negara.
Kita perlukan satu gerakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia dengan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asas yang telah dipersetujui oleh bapa penubuhan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara – Malaysia sebagai sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, integriti awam, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara yang terbentuk dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak wujudnya perpecahan di antara rakyat kelas pertama atau kelas kedua berdasarkan kaum, agama, atau kawasan dan bukannya untuk membiarkan negara kita menjadi sebuah kleptokrasi sekali lagi.